TERBARU!!! COVID-19: Singapura sahkan 657 kes positif baharu, jumlah keseluruhan kini 18,205. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Singapura #MKN #KKM

TERBARU!!! COVID-19: Singapura sahkan 657 kes positif baharu, jumlah keseluruhan kini 18,205. Singapura hari ini mengesahkan tambahan 657 kes positif COVID-19, dengan hanya 10 daripadanya melibatkan rakyat Singapura, atau penduduk tetap.

TERBARU!!! COVID-19: Singapura sahkan 657 kes positif baharu, jumlah keseluruhan kini 18,205. Singapura hari ini mengesahkan tambahan 657 kes positif COVID-19, dengan hanya 10 daripadanya melibatkan rakyat Singapura, atau penduduk tetap.


Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan berkata sebahagian besar daripada kes-kes itu melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Susulan angka terbaharu, jumlah kes positif di Singapura kini ialah 18,205.

"Jumlah kes di kalangan pekerja asing tidak menentu sejak beberapa hari lepas disebabkan usaha menangani kes-kes tertangguh oleh sebuah makmal. Pihak kementerian sedang bekerjasama dengan makmal berkenaan untuk menstabilkan operasinya,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu berkata pihaknya masih berusaha mendapatkan perincian kes-kes berkenaan, dan akan mengemas kini maklumatnya nanti.

Dalam data terperinci yang dikeluarkan lewat Sabtu, Kementerian itu berkata oleh kerana tiada lagi kes yang dikaitkan dengan bar Hero di Circular Road dan The Orange Ballroom di Geylang Road sejak berlalu dua tempoh inkubasi, kluster berkenaan telah ditutup.

Republik itu juga telah mengenal pasti lima kluster baharu pada Sabtu.

Sementara itu kluster terbear S11 Dormitory @ Punggol sehingga kini merekodkan 2,477 kes yang telah disahkan.

Daripada angka 17,548 yang dicatatkan Sabtu, Singapura mengelaskan 1,211 sebagai kes komuniti, 579 sebagai kes import dan 551 kes melibatkan pemegang permit kerja yang tidak tinggal di asrama.

Sementara itu pekerja asing di asrama mendominasi angka itu dengan 15,207 kes, atau mewakili 87 peratus daripada jumlah keseluruhan.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers