TERBARU!!! COVID-19 : Media, kerajaan perlu mekanisme perbincangan baharu. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! COVID-19 : Media, kerajaan perlu mekanisme perbincangan baharu. Kerajaan dan media perlu bekerjasama dalam mencari mekanisme perbincangan baru, dalam menyediakan liputan media susulan situasi semasa COVID-19, yang mengharapkan orang ramai bersedia menerima normal baru.

TERBARU!!! COVID-19 : Media, kerajaan perlu mekanisme perbincangan baharu. Kerajaan dan media perlu bekerjasama dalam mencari mekanisme perbincangan baru, dalam menyediakan liputan media susulan situasi semasa COVID-19, yang mengharapkan orang ramai bersedia menerima normal baru.


Pengerusi Pro-Tem Majlis Media Pramesh Chandran berkata, di sebalik menghadkan atau memutuskan komunikasi bagi mengekalkan jarakan sosial dan mengelakkan perhimpunan ramai, kedua-dua pihak boleh mengadakan dialog yang konstruktif atau mengadakan dialog awam secara dalam talian.

"Kerajaan memerlukan media yang berkredibiliti dan bebas dalam menjelaskan isu …kekangan dalam komunikasi akan membolehkan penyebaran berita palsu dan maklumat tidak bertanggungjawab,” katanya pada rancangan siar web 'Brew Your Own Coffee Talk' bertajuk 'Free (r) Press in Malaysia yang disiarkan menerusi laman Facebook ‘Foreign Correspondents Club of Malaysia’, hari ini.

Beliau berkata, wartawan pada masa kini perlu lebih kreatif dalam menjalankan tugas normal baru untuk mendapatkan informasi, dengan memanfaatkan platform dalam talian.

Beliau juga mencadangkan media di negara ini melihat semula kedudukan kewangan mereka, dalam memastikan mereka mampu bertahan dalam tempoh mencabar ini.

Sementara itu, Pengarah  Eksekutif Centre For Independent Journalism (CIJ) Malaysia Wathshlah Naidu berkata, adalah penting bagi institusi media untuk merancangkan satu model perniagaan baru dalam memastikan mereka dapat bertahan dalam tempoh sukar ini.

“Apa yang perlu dirancangkan ialah apakah pakej ransangan yang benar-benar mampu bertahan dan membolehkan mereka terus hidup sewaktu krisis ini,” katanya.

Wathshlah menyarankan agar media mempertimbangkan kerjasama bersama semua pakar dalam membangunkan inisiatif pemeriksaan fakta yang bebas bagi membolehkan media menyampaikan maklumat yang boleh dipercayai.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers