SAMPAH MASYARAKAT!!! Pendatang Tanpa Izin: Kawasan Masjid India digempur lagi. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
SAMPAH MASYARAKAT!!! Pendatang Tanpa Izin: Kawasan Masjid India digempur lagi. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sekali lagi menggempur kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Masjid India, hari ini.
Serbuan mengejut yang bermula 9 pagi tadi menyasarkan Bangunan Selangor Mansion, yang dipercayai menjadi penempatan utama warga asing di kawasan itu.
Serbuan yang mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dijalankan bagi mengesan pendatang asing tanpa izin.
Pada Jumaat lepas, lebih 300 anggota penguat kuasa menyerbu kawasan Masjid India, yang majoritinya didiami warga asing dari beberapa negara termasuk Pakistan, Bangladesh dan Indonesia.
Tinjauan Bernama di pintu masuk utama ke kawasan PKPD itu mendapati, terdapat beberapa trak polis masuk ke kawasan itu sekitar 10 pagi.
Trak berkenaan dipercayai bagi membawa PATI keluar dari kawasan itu, untuk dihantar ke depoh tahanan sementara.
Operasi mengesan warga asing ini dikatakan mudah dilaksanakan berikutan keseluruhan kawasan yang digempur, dipasang kawat duri ekoran perintah PKPD.
Pada 12.30 tengah hari tadi, lebih 100 anggota dan pegawai JIM kelihatan meninggalkan kawasan itu dengan menaiki sebuah bas.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan di bangunan tersebut yang mahu dikenali sebagai Deen memberitahu, semua penghuni memberi kerjasama penuh terhadap operasi yang dijalankan pihak berkuasa.
“Semua ikut arahan pihak berkuasa termasuk amalkan jarakan sosial dan memakai penutup hidung dan mulut," katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.