TERBARU!!! MOSTI bangunkan aplikasi 'MyTrace' mudahkan pengesanan kontak pesakit COVID-19. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! MOSTI bangunkan aplikasi 'MyTrace' mudahkan pengesanan kontak pesakit COVID-19. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama pakar tempatan telah mengambil inisiatif membangunkan aplikasi MyTrace, yang membolehkan kerajaan mengesan individu yang telah berada berdekatan dengan mereka yang dijangkiti wabak COVID-19.



Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata MyTrace adalah pelengkap kepada aplikasi MySejahtera yang telah dilancarkan sebelum ini dan menggunakan teknologi Bluetooth untuk pengesanan kontak kepada individu positif COVID-19

“Apabila telefon bimbit pengguna MyTrace berada dalam jarak dekat, telefon-telefon itu akan mengesan gelombang Bluetooth untuk mengesan kehadiran masing-masing.

“Berdasarkan kekuatan gelombang Bluetooth yang dikesan, jarak dan tempoh pertemuan pengguna-pengguna boleh dikenal pasti. Data yang dikumpul akan disimpan selama 21 hari di dalam telefon bimbit pengguna,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

Beliau berkata aplikasi MyTrace hanya mengumpul maklumat pengguna yang dirahsiakan dan tidak mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi.

“Pengesanan kontak sangat penting supaya dapat diketahui siapa yang pernah berada dekat dengan seseorang yang telah dikenal pasti positif COVID-19,” katanya.

Ismail Sabri berkata sehubungan itu, kerajaan amat berharap ramai yang memuat turun dan menggunakan MyTrace bagi memastikan keberkesanannya, dengan menyasarkan penggunaan sekitar 60 peratus pengguna telefon pintar di seluruh negara.

“Sekiranya ada kluster COVID-19 yang baharu dikesan, aplikasi MyTrace dapat membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengesan dan memutuskan jangkitannya secepat mungkin,” katanya.

Aplikasi MyTrace kini boleh dimuat turun melalui Google Play Store bagi peranti jenis Android manakala bagi versi iOS pula, ia boleh didapati tidak lama lagi.



Sementara itu ditanya sekiranya aplikasi Gerak Malaysia tidak berfungsi atau ‘crash’ berikutan ramai yang membuat permohonan, Ismail Sabri berkata orang ramai mempunyai pilihan kedua lain dengan membuat permohonan di balai polis berdekatan untuk permit perjalanan rentas negeri.

Sehingga semalam, lebih 500,000 permohonan orang ramai dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyediakan jadual pergerakan yang bermula dari 7 Mei-10 Mei ini bagi tujuan itu.

Aplikasi Gerak Malaysia bertujuan memudahkan urusan permohonan permit pergerakan orang ramai yang terkandas di kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, untuk kembali ke kediaman atau tempat kerja masing-masing.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers