TERBARU!!! Nurul Hidayah dan suami didakwa Selasa - Bukit Aman. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! Nurul Hidayah dan suami didakwa Selasa - Bukit Aman, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suami, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff akan dituduh di mahkamah Selasa ini atas dakwaan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

TERBARU!!! Nurul Hidayah dan suami didakwa Selasa - Bukit Aman, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suami, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff akan dituduh di mahkamah Selasa ini atas dakwaan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed ketika mengesahkan perkara itu berkata anak dan menantu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur.

"Perkara itu diputuskan pihak Jabatan Peguam Negara," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Terdahulu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) JSJ Bukit Aman dan polis mengambil keterangan daripada kedua-dua mereka pada 24 April.

Huzir berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan pihaknya telah mendapat arahan untuk menuduh kedua-duanya mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.3) 2020.

Beliau menegaskan tiada sesiapa pun yang akan terlepas daripada sebarang tindakan sekiranya didapati dengan sengaja melanggar apa juga undang-undang negara.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers