TERBARU!!! PKPB esok: Kerajaan negeri berikan pelbagai reaksi. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! PKPB esok: Kerajaan negeri berikan pelbagai reaksi. Beberapa kerajaan negeri memberikan reaksi berbeza mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berkuat kuasa esok sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lepas.

TERBARU!!! PKPB esok: Kerajaan negeri berikan pelbagai reaksi. Beberapa kerajaan negeri memberikan reaksi berbeza mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berkuat kuasa esok sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lepas.

TERBARU!!! PKPB esok: Kerajaan negeri berikan pelbagai reaksi. Beberapa kerajaan negeri memberikan reaksi berbeza mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berkuat kuasa esok sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lepas.

TERBARU!!! PKPB esok: Kerajaan negeri berikan pelbagai reaksi. Beberapa kerajaan negeri memberikan reaksi berbeza mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berkuat kuasa esok sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lepas.


KUALA TERENGGANU, kerajaan negeri menyuarakan komitmen melaksanakan PKPB, namun akan mengetatkan lagi syarat-syaratnya jika pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di tahap rendah, dan memberi kesan kepada kesihatan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pelaksanaan PKPB bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk menyelamatkan ekonomi rakyat dan negeri yang agak lesu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas.

Di IPOH, kerajaan negeri Perak pula tidak membenarkan orang ramai makan di dalam mana-mana premis makanan; namun restoran, warung, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan berbumbung atau berkenderaan saji dibenarkan beroperasi, itupun untuk tujuan bungkus dan penghantaran makanan sahaja.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata selain itu, pasar segar terkawal tanpa premis contohnya pasar pagi tidak dibenarkan beroperasi.

Beliau berkata kerajaan negeri juga membuat ketetapan tidak membenarkan aktiviti riadah di taman-taman awam selain memaklumkan bahawa pejabat kerajaan negeri Perak juga akan mula beroperasi esok bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dalam keadaan terbaik dan efektif. 

Di KOTA BHARU, kerajaan negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata ia akan memperhalusi garis panduan PKPB melalui mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan (Khas) Negeri Kelantan Khamis depan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata ini kerana PKPB yang diumumkan kerajaan Pusat itu perlu diperhalusi serta disesuaikan penggunaannya di Kelantan, dan sehingga mesyuarat itu membuat keputusan, semua ketetapan sebelum ini adalah masih terpakai, dan perlu dipatuhi oleh semua pihak.

Sementara itu di SHAH ALAM, kerajaan Selangor akan melaksanakan PKPB esok dengan penetapan beberapa perincian tambahan, antaranya peniaga dan penjaja berpremis yang dibenarkan beroperasi dari pukul 7.00 pagi hingga 10 malam, terhad kepada urusan bawa pulang, pandu lalu dan penghantaran.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata peniaga yang tidak berpremis, penjaja tepi jalan serta pengusaha ‘kenderaan saji’ hanya dibenarkan beroperasi selepas 12 Mei ini bagi memberi masa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengatur persediaan untuk jarakan sosial dan pengesanan kontak.

Bagi sektor pembinaan, Amirudin berkata syarikat dibenarkan beroperasi sepenuhnya namun ia harus menyediakan Pelan Tindakan Keselamatan Kawalan Penularan Wabak COVID-19 dan diluluskan PBT terlebih dahulu.

“Semua kemudahan rekreasi dan sukan dalam kawasan berbumbung masih ditutup. Kegiatan di taman awam termasuk aktiviti memanjat bukit di seluruh Selangor juga tetap tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya PBT akan mengeluarkan notis mengenai senarai taman awam yang tidak dibuka kepada orang awam serta butiran lain, dan beliau menegaskan pelaksanaan PKPB dengan perincian tambahan ini meliputi seluruh Selangor kecuali di zon merah iaitu Selayang Baru, buat masa ini.

DI GEORGE TOWN, Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk melaksanakan PKPB secara tiga fasa menerusi Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang, berkuat kuasa esok.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata strategi itu dibahagikan kepada tiga fasa iaitu Fasa Tempoh Penjelasan yang akan bermula pada 4 hingga 7 Mei, Fasa Pembiasaan (8 hingga 12 Mei) dan Fasa Pembukaan (13 Mei).

Beliau berkata ini bermakna esok PKP sedia ada masih berkuat kuasa dan hanya pihak yang dibenarkan beroperasi dan bekerja pada PKP Fasa 1, 2 dan 3 sahaja dibenarkan untuk meneruskan operasi masing-masing tanpa sebarang perubahan termasuk syarikat pengangkutan awam. 

"Kepada yang tidak tersenarai dalam PKP Fasa 1, 2 dan 3, penguatkuasaan serta pengoperasian berasaskan Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang akan bermula Jumaat ini (8 Mei)," katanya pada sidang media menerusi Facebook rasminya di sini hari ini.

Beliau berkata waktu operasi di Pulau Pinang bagi semua sektor esok masih sama, yakni bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam, manakala tempoh masa operasi pada 8 Mei akan diumumkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk jenis kategori dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi. 

Mengulas lanjut, Chow berkata semua sektor hanya dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja persiapan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam Fasa 1 (Fasa Tempoh Penjelasan) dan operasi penuh berpandukan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanya boleh dilaksanakan dalam Fasa 2 (Pembiasaan) pada 8 Mei.

Beliau berkata 25 sektor dibenarkan beroperasi bermula 8 Mei ini antaranya pengangkutan (udara, darat), makanan (untuk pembungkusan makanan sahaja), perkhidmatan ikhtisas dan profesional, pembuatan, kewangan, gas, lombong dan kuari, elektrik, pertanian (padi dan beras), perikanan, penternakan, komunikasi, teknologi maklumat, e-dagang, alam sekitar dan bekalan air dan pembentungan.

"Semua sektor dibenarkan untuk beroperasi sepenuhnya dalam Fasa 3 (Fasa Pembukaan) mulai 13 Mei ini, namun masih perlu mematuhi SOP dengan tegas. Penambahbaikan ke atas ‘Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang’ akan diumumkan dari masa ke masa," katanya.

Di MELAKA, hanya 200 orang dibenar memasuki Pasar Borong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di Batu Berendam di sini bermula esok. 

Yang Dipertua MPHTJ Shadan Othman berkata pihaknya akan menempatkan 20 pegawai penguat kuasa, dibantu oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melakukan pemantauan dan saringan kesihatan berkala kepada peniaga sehingga tamat PKP.

Di KANGAR, kerajaan negeri Perlis dalam satu kenyataan menyatakan persetujuannya untuk melaksanakan PKPB esok, namun memberitahu pihaknya akan meneliti dari semasa ke semasa pelaksanaannya menerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN), untuk disesuaikan dengan keadaan negeri Perlis yang dikategorikan sebagai zon hijau.

Selain itu menurut kenyataan berkenaan, mesyurat JKKN akan diadakan pada Selasa (5 Mei) bagi meneliti dan membuat keputusan mengenai apa-apa penambahbaikan yang bersesuaian dengan pelaksanaan PKPB.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers