TERBARU!!! Perubahan sekatan jalan raya di Petaling Jaya mulai tengah malam ini. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! Perubahan sekatan jalan raya di Petaling Jaya mulai tengah malam ini. Beberapa perubahan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan pembukaan semula jalan yang ditutup akan dilakukan membabitkan kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, berkuat kuasa mulai tengah malam ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata perubahan itu bertujuan mengelakkan kesesakan lalu lintas selain mengatur gerak semula petugas barisan hadapan di kawasan tumpuan ramai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok.
“Tindakan awal diambil IPD Petaling Jaya dengan mengubah penugasan petugas-petugas barisan hadapan mengikut kesesuaian masa.
“Perubahan itu dibuat kerana polis melaksanakan penugasan bergerak di kawasan tumpuan ramai seperti pasar raya, pasar, pusat komersil dan riadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Nik Ezanee berkata antara lokasi SJR yang ditutup termasuk di Tol NPE PJS 2, Tol Subang, Tol Sungai Buloh, Persiaran Surian dan di Kilometer 34.1 Lebuhraya Persekutuan, manakala satu lokasi baharu SJR diwujudkan di Jalan Klang Lama, Batu 8½.
“Polis ingin memaklumkan bahawa penutupan jalan yang kembali dibuka buat orang ramai adalah di lampu isyarat PJU 8/1, Damansara dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) susur keluar Mutiara Damansara.
“Orang ramai bagaimanapun boleh menggunakan laluan alternatif menerusi Jalan Persiaran Kenanga-Tol Kota Damansara, Jalan Persiaran Surian-Palm Spring Kota Damansara dan Jalan Persiaran Tropicana-Casa Tropicana,” katanya
Menurut beliau, IPD Petaling Jaya mengerakkan sumber manusia sedia ada bagi penugasan PKPB seperti sistem rondaan Aberdeen Kereta Peronda Polis (MPV), Warn and Sweep, Op Cantas dan penugasan lain yang dirasakan perlu untuk pencegahan jenayah.
Nik Ezanee turut menasihati orang ramai supaya terus mematuhi PKPB agar jaringan wabak COVID-19 dapat diputuskan.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.