Kaka Terus Setia Dengan Wireframe

Kaka Terus Setia Dengan Wireframe


Kaka terus setia dengan Wireframe kerana tiada apa permasalahan yang berlaku terutama pembayaran gaji.

SUMBER KOSMO
KUALA LUMPUR 10 JULAI 2014 – Kaka merupakan salah seorang artis di bawah naungan Wireframe Entertaiment Sdn Bhd (Wireframe) terus kekal dengan syarikat itu kerana tiada apa permasalahan yang berlaku terutama pembayaran gaji.

"Selama tiga tahun bersama Wireframe, Kaka bersyukur kerjayanya dalam bidang nyanyian lebih menyerlah berbanding dahulu,” katanya.

Kaka Terus Setia Dengan Wireframe


Menurutnya lagi, beliau masih mengharapkan Wireframe menguruskan kerjaya nyanyiannya dan tiada niat langsung untuk berhijrah ke syarikat lain.

“Apa yang berlaku antara Zizan dan Marina adalah masalah dalaman dan ianya tidak melibatkan pihak lain kemelut isu tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini kecoh artis-artis di bawah naungan syarikat milik Zizan Razak, Wireframe Entertainment Sdn. Bhd. (Wireframe) seperti Johan As’ari dan Kaka Azraff tidak dibayar gaji.

Semuanya disebabkan Zizan dikatakan telah membekukan akaun syarikat berkenaan sebelum pelakon dan pengacara itu berlepas ke Jepun lima minggu lalu.

Timbul dakwaan bahawa Zizan membekukan akaun syarikatnya selepas mendakwa yang rakan kongsinya, Marina Juki menyelewengkan duit syarikat.

Ekoran dakwaan itu, Marina telah tampil mengadakan sidang akhbar meminta supaya Zizan mengemukakan bukti penyelewengan tersebut dan juga tindakannya membekukan duit syarikat sehingga menyukarkan pihaknya membuat pembayaran gaji kepada artis-artis di bawah naungan syarikat berkenaan.

Zizan memegang sebanyak 70 peratus saham syarikat tersebut manakala bakinya dimiliki Marina.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers