Harith Iskander Penuhi Impian Dengan Siri Jelajah Antarabangsa Pertama

Harith Iskander Penuhi Impian Dengan Siri Jelajah Antarabangsa Pertama


Harith Iskander Penuhi Impian Dengan Siri Jelajah Antarabangsa Pertama yang telah menjadi impiannya untuk mengadakan siri menjelajah antarabangsa.

Foto Kredit FB Harith Iskander

KL, 11 JULAI 2014: Sepanjang 23 tahun menceburkan diri dalam dunia hiburan, Harith Iskander sememangnya dikenali sebagai selebriti yang tampil dengan watak dan karektor humor. Daripada era Jangan Ketawa dan AHHA bersama Afdlin Shauki dia kini meluaskan bakatnya beraksi di pentas sebagai stand up comedian atau pelawak pentas.

Melihat kepada penerimaan yang positif ini Harith yang digelar sebagai Godfather of Malaysian Stand-Up Comedy mencuba untuk meneroka peluang baru dalam bidang stand up comedy ini ke lokasi lain di seluruh pelusuk dunia menerusi siri jelajah antarabangsanya yang pertama ini.

Bercakap dalam temubual selepas acara berbuka puasa bersama HBO Asia semalam, Khamis, Harith memberitahu bahawa dia akan terbang ke Delhi pada 26 & 27 Julai ini bagi meneruskan siri jelajah antarabangsanya di kota tersebut.

Harith Iskander Penuhi Impian Dengan Siri Jelajah Antarabangsa Pertama


“Selama lebih 23 tahun saya memulakan karier saya dalam bidang ini, apa yang telah berjaya saya capai sekarang tidak lengkap jika hanya menjadi jaguh kampung. Impian terakhir saya selama ini untuk mengadakan siri jelajah antarabangsa saya sendiri telah pun tertunai. 

Harith Iskander Penuhi Impian Dengan Siri Jelajah Antarabangsa Pertama


“Dua daripada enam lokasi mewakili 6 negara yang berada dalam senarai siri jelajah ini iaitu Singapura dan Jakarta,Indonesia.telah pun berlangsung dan ia mendapat respon positif. Delhi adalah destinasi seterusnya sebelum Aidilfitro dan Seoul, Hongkong dan Perth akan disambung selepasnya.

“Walaupun stand-up comedy di negara rantau ini masih baru tetapi tidak di sesetengah tempat kerana itulah saya mempunyai keyakinan untuk mengadakan siri jelajah ini,”ujarnya yang telah menyumbangkan suara bagi watak utama Gru dalam filem Despicable Me 2 versi bahasa Malaysia tayangan Aidilfitri ini.

Personaliti berdarah campuran Melayu – Inggeris ini ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama HBO Asia di Le Meridien Hotel, ibu negara. Acara tersebut berlangsung bersempena memperkenalkan barisan artis yang menyumbangkan suara untuk filem Despicable Me 2 versi Bahasa Malaysia yang akan ditayangkan di saluran HBO di Astro 411 dan 431 untuk siri HD pada Aidilfitri ini.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers