Warner Music Perkenalkan Didi Astillah, Hanie Soraya & Dua Band Baru

Warner Music Perkenalkan Didi Astillah, Hanie Soraya & Dua Band Baru


Teks & video oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Instagram:mrstailista

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2014: Sempena pelancaran album yang menghimpunkan lagu-lagu Hari Raya berjudul  15 Senandung Aidilfitri terbitan Warner Music Malaysia minggu lalu, syarikat rakaman berkenaan turut memperkenalkan 4 barisan artis terbaru mereka.

Warner Music Perkenalkan Didi Astillah, Hanie Soraya & Dua Band Baru


Cukup tersendiri dan memiliki vokal yang tidak kurang hebatnya, dua daripada artis berkenaan adalah penyanyi solo wanita yang dikenali dengan nama komersial mereka iaitu Hanie Soraya yang semakin popular dengan lagu Hujung Dunia dan Didi Astillah menerusi lagu Pikirkan Kamu.

Sementara itu, dua lagi adalah penyanyi berkumpulan yang dikenali sebagai NtahSape2Ntah bersama  lagu raya mereka Syawal Tanpamu dan kumpulan yang dijangka bakal mendapat sambutan hangat, Payslip dengan lagu Syurga Sang Pencinta.

Sebagai memperkenalkan 4 artis baru itu, mereka telah membuat persembahan secara langsung di hadapan tetamu yang hadir pada majlis pelancaran dan berbuka puasa berkenaan.

Seperti yang dijangka, Payslip yang dianggotai empat orang anak muda belasan tahun telah mendapat perhatian ramai kerana usia serta rupa paras mereka yang pastinya akan membuat ramai peminat remaja akan menyukai  kumpulan itu.

Manakala personaliti  menarik yang dimiliki Didi Astillah dan lagunya yang unik bersama vokal mantap menjadikan penyanyi muda itu dilihat menpunyai masa depan cerah dalam dunia seni suara tanah air.

Sementara itu album 15 Senandung Aidilfitri, menampilkan 15 lagu Hari Raya dendangan Dato’ Jamal Abdillah, Hafiz, Awie, Feminin, Maya Karin, Adibah Noor dan ramai lagi.

Kompilasi terbaru terbitan Warner Music Malaysia, turut menampilkan 3 buah lagu terbaik sepanjang zaman daripada Dato’ Jamal Abdillah, Feminin, Ajai dan menampilkan 2 buah lagu baru iaitu dari Soo Wincci yang bertajuk Salam Aidilfitri dan Syawal Tanpamu oleh NtahSape2Ntah.

15 Senandung Aidilfitri boleh didapati dalam bentuk cakera padat dengan harga RM 23.90.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers