Tidak Sebumbung Lagi, Rozana Tidak Dibenarkan Awie Jumpa Anak

Tidak Sebumbung Lagi, Rozana Tidak Dibenarkan Awie Jumpa Anak


Tidak sebumbung lagi, Rozana tidak dibenarkan Awie jumpa anak, selepas kes dipukul suami, isteri kepada vokalis kumpulan Wings, Awie iaitu Rozana Misbun.

Sumber oleh mStar Online

KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2014: Selepas kes dipukul suami, isteri kepada vokalis kumpulan Wings, Awie iaitu Rozana Misbun, 36, dia tidak lagi tinggal sebumbung dan juga tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anaknya.

Menerusi temubual oleh portal mStar Online, Rohana memberitahu ianya satu tindakan yang berat untuk meninggalkan anak-anak kerana dia sendiri tidak pernah berpisah dengan mereka sebelum ini.

“Ina (Rozana) rindukan anak-anak Ina… Sudah sebulan Ina tak jumpa mereka. Panggilan telefon juga tak dijawab,” jelas Rozana yang membahasakan dirinya Ina tatkala membuka bicara.

Tidak Sebumbung Lagi, Rozana Tidak Dibenarkan Awie Jumpa Anak


“Ina hidup dalam keadaan trauma. Emosi Ina juga tertekan akibat kejadian hitam yang menimpa Ina. Keadaan fizikal Ina yang sakit turut menambahkan lagi rasa bimbang. Sehinggalah kira-kira hampir dua minggu selepas peristiwa itu (iaitu pada 15 Jun 2014), Ina membuat keputusan untuk keluar rumah dan tinggal bersama ibu di Bangsar (Kuala Lumpur).

“Sejak awal-awal lagi Awie telah ingatkan Ina agar tidak berebut anak. Ina buat keputusuan untuk tingggalkan rumah ketika anak-anak sedang tidur iaitu kira-kira pukul 6.30 pagi. Ina bimbang kalau-kalau mereka terjaga, mereka pasti mahu ikut Ina kerana ia akan mengharu-birukan lagi keadaan rumah tangga Ina yang sedang tegang.

Meskipun trauma, namun dia masih mampu untuk menyembuyikan kisah sebenar alam rumah tangganya malah turut mengelak untuk berkongsi  rentetan peristiwa hitam, insiden kononnya dibelasah suami sendiri.

“Usahlah sentuh kisah Ina dipukul kerana ia sudah melibatkan pihak mahkamah. Cuma Ina ingin kongsi kisah sedih mengenai hati seorang ibu…” pintanya.

Terdahulu Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.

Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie.

Rozana juga telah membuat tiga laporan polis di Balai Polis Daerah Brickfields berhubung kejadian yang berlaku keatasnya termasuklah ancaman halangan untuk berjumpa tiga anak kandungnya.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers