Sheera Iskandar Nafi Bercinta Dengan Kay, Hanya Kawan Rapat
Sheera Iskandar nafi bercinta dengan Kay, hanya kawan rapat dan tiada hubungan istimewa.
KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2014: Pelakon Sheera Iskandar nafi bercinta dengan bekas bintang Akademi Fantasia 9 iaitu Kay, sebaliknya anak kepada pelakon Aznah Hamid itu berkata hubungan mereka sekadar kawan rapat.
“Kami kawan rapat sahaja dan tiada hubungan istimewa. Memang kami selalu keluar bersama tetapi kami rapat kerana rumah kami berdekatan dan selalu lepak tengok bola bersama.
“Lagipun, kalau keluar bersama pun kami tidak berdua dan pasti akan keluar berkumpulan,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Sheera ditanya selepas dia kelihatan datang berdua bersama Kay yang juga adik kepada penyanyi Diddy Hirdy di Majlis Berbuka Puasa Astro Ramadan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur kelmarin.
Ditanya adakah hubungan itu boleh menjadi serius dan istimewa akan datang, Sheera memberitahu ianya lebih selesa berkawan sahaja dengan Kay.
“Saya selesa berkawan dengan dia, saya takut kalau hubungan jadi serius dan istimewa kami sudah tidak seperti dulu.
“Jadi biarlah ianya kekal seperti itu,” jelasnya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Sheera baru sahaja selesai penggambaran telemovie Propa Raya yang bakal ditayangkan pada Raya kelima di TV3.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.