Misi Sazzy Falak Bantu 41 Keluarga Memerlukan

Misi Sazzy Falak Bantu 41 Keluarga Memerlukan


Misi Sazzy Falak bantu 41 keluarga memerlukan yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal dan juga keluarga kurang upaya.

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Instagram:mrstailista
Twitter:@mrstailista

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2014: Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelakon popular Sazzy Falak dan suaminya, Nazril Idrus telah membuka sebuah akaun bersama bagi memberi peluang kepada teman-teman dan kenalan rapat untuk menghulurkan derma kepada 41 keluarga kurang bernasib baik.

Bantuan berbentuk kewangan itu telah dibuka sejak Ahad lalu dan pada 19 Julai ini pasangan berkenaan akan mengagih-agihkan barangan keperluan dan juga duit poket kepada keluarga berkenaan bagi membolehkan mereka meraikan hari raya dengan sempurna.


Misi Sazzy Falak Bantu 41 Keluarga Memerlukan


Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi, Sazzy berkata aktiviti amal berkenaan sudah diperkenalkan dia dan suami sejak tahun lalu, bagaimanapun tahun ini jumlah keluarga yang mendapat bantuan meningkat.

“Kalau tahun lalu kami hanya dapat membantu 15 buah keluarga sahaja, tetapi tahun ini jumlahnya meningkat kepada 41 keluarga yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal dan juga keluarga kurang upaya.

“Tahun ini juga cukup istimewa kerana usaha kami itu mendapat kerjasama daripada I Am For You dan sekali lagi daripada persatuan ibu tunggal,” katanya yang terharu dengan sambutan menggalakan daripada rakan dan taulan.

Tambah Sazzy Falak,  sejak Ahad lalu dia telah menghantarkan mesej bantuan kepada teman dan rakan terdekat atau terpilih bagi mengharapkan kesudian mereka menghulurkan bantuan berbentuk wang ringgit kepada keluarga berkenaan.

Katanya, sebahagian daripada jumlah yang dikutip akan dibelanjakan untuk membeli barang keperluan rumah dan sebahagiannya lagi akan diberikan secara tunai untuk keluarga berkenaan buat belanja.

“Semua bantuan itu akan kami hulurkan dalam sebuah majlis berbuka puasa bersama-sama mereka pada Sabtu ini dan inilah masanya untuk kita memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Malah kami juga turut menerima sumbangan bukan berbentuk wang ringgit seperti pakaian untuk mereka pakai bagi meraikan hari raya tidak lama lagi,” katanya.

Individu yang bermurah hati untuk menghulurkan bantuan kewangan boleh berbuat demikian dengan memasukkan sumbangan ke akaun bersama Maybank milik Nazril Mod Idrus dan Sazlini Shamsul Falak di 564276808807 atau email ke sazzy.falak@gmail.com/nazril.idrus@gmail.com.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers