Dafi Nafi Statusnya di Twitter Untuk Sabotaj Syarikat Telco
Dafi nafi statusnya di Twitter untuk sabotaj syarikat telco cuma menegakkan haknya sebagai seorang pelanggan.
KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2014 - Penyanyi kelahiran bintang realiti, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri dengan tegas mengatakan statusnya di twitter mengenai ketidakpuas hatinya dengan syarikat telco itu tiada unsur sabatoj cuma menegakkan haknya sebagai seorang pelanggan.
“Masalah ini berlaku dah lama, sejak bulan Mei yang lalu namun segala jawapan dan penerangan yang diberikan oleh wakil syarikat telco hanya klise dan tidak menambah baik mutu servisnya terutama dari segi penggunaan data internet,” katanya dihubungi Murai.
Menurutnya lagi, walaupun dia artis, Dafi mempunyai hak untuk sebagai seorang pelanggan dan dia juga percaya ramai lagi pelanggan syarikat telco itu alami masalah yang sama.
“Sebelum ini saya ada juga muat naik status di twitter mengenai servis syarikat telco itu tetapi kali ini ia mendapat perhatian yang luar biasa, ada juga ‘followers’ saya yang setuju dengan apa yang saya luah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Dafi juga menerima panggilan dari wakil syarikat telco itu untuk berbincang tetapi mereka memfokuskan kepada isu bil telefonnya yang mencecah RM9,000 kerana melebihi had yang ditetapkan.
“Saya pun pelik, sebab had yang ditetapkan sekitar RM3,000 tetapi atas alasan mereka memberitahu yang saya silap memilih ‘network line’ ketika berada di luar negara, saya ingatkan mereka akan berbincang mengenai penambahbaikan mutu dan servis tetapi lain pula isunya,” katanya hampa.
Dafi dikatakan tidak mahu lagi menggunakan perkhidmatan syarikat telco itu lagi dan bercadang untuk beralih ke perkhidmtan yang lain.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.