Ratu Rock Ella Sedia Berduet Dengan Kaka

Ratu Rock Ella Sedia Berduet Dengan Kaka

Ratu Rock Ella Sedia Berduet Dengan Kaka


KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Ratu rock negara, Ella kini dalam proses pembikinan album baru yang sudah pun 50% siap dan konsepnya masih mengekalkan elemen rock.

“Sudah lama saya tidak keluarkan ‘full album’ dan saya sangat gembira kerana komposer yang terlibat adalah nama-nama besar seperti Datuk M Nasir,” kata Ella dalam sidang media showcase Ella di Hard Rock Cafe.

Menurutnya,  album yang akan dilancarkan pada Ogos ini adalah lagu baru sepenuhnya, tiada lagu lama yang diberikan nafas baharu.

Dalam pada itu, Ella juga bersedia untuk berduet dengan anak saudaranya, Kaka yang dikatakan berminat untuk menyanyikan apa jua lagu dengannya.

“Hasrat itu memang ada, cuma perlu berikan masa yang sesuai dan Kaka pun sibuk dengan jadual kerjaya dan saya amat berbesar hati untuk berduet dengan Kaka," jelas Ella.

Dalam pada itu, pada 22 Jun ini Showcase Ella di Hard Rock Café KL akan menyaksikan Ella berkolaborasi dengan band indie Sparrow King. 8 buah lagu akan dinyanyikan dan Sparrow King selaku band iringan  bakal memeriahkan showcase itu.

“Saya pilih band ini kerana mereka amat berbakat dan mahir dalam “notes music”  serta arif dengan lagu-lagu popular saya.

Selain showcase ini, Ella juga bakal mengadakan konsert jelajah ke seluruh negara bermula di Johor Bahru dan dijangkakan pada September depan.

“Johor Bahru sebagai tempat permulaan tetapi perancangan konsert ke destinasi lain masih lagi dalam perbincangan seperti Pulau Pinang, Kuantan mahu pun di Kuala Lumpur.

Showcase Ella juga turut menjual cenderhati khas dan eksklusif untuk peminat Ella. Sebarang pertanyaan, peminat boleh hubungi di talian 03-6203 5800.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers