Arip Juara KE4, Bawa Pulang RM110,000 & Toyota Camry!

Arip Juara KE4, Bawa Pulang RM110,000 & Toyota Camry!

Arip Juara KE4, Bawa Pulang RM110,000 & Toyota Camry!



KUALA LUMPUR, 12 JUN 2014: Peserta kegemaran ramai Arip atau Omar Sharif Mat Din, 42, menepati ramalan apabila bergelar juara Kilauan Emas 4 (KE 4) yang berlangsung di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil pada malam Rabu.

Peserta berasal dari Raub, Pahang itu menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi dan pakej percutian ke Bali.

Arip turut menerima Anugerah Khas Juri kerana terpilih sebagai peserta yang menambat hati juri dengan persembahannya dan turut membawa pulang RM10,000 sebagai hadiah.

Sementara itu Zain atau nama sebenarnya Md Zain Ramli meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.

Manakala tempat ketiga diberikan kepada Ben atau Benasil Kudong, menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah trofi, pakej percutian ke Bandung.

Ketiga-tiga peserta turut mendapat langganan majalah MIDI selama setahun.

Hadiah disampaikan oleh pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad, manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar dimana mereka perlu membuat sebanyak tiga persembahan iaitu menyanyi secara Solo, Medley dan Duet bersama penyanyi berpengalaman.

Program yang dikendalikan oleh Raja Azura itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Ella, Dato` M.Nasir, Jamal Mirdad, Mamat Khalid dan Dato` Hattan.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers