Laporan Penuh Kontroversi Abby-Farhan: Isu Gadis Lain & Kes Dera
KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Walaupun sah bercerai, cerita di sebalik kes penceraian Abby Abadi nampaknya masih belum berakhir apabila bekas suaminya Noor Farhan tampil memberi kenyataan yang dia sebenarnya telah didera oleh Abby Abadi secara emosi dan fizikal. Manakala Abby pula membuat kenyataan di mahkamah yang wujudnya rantaian SMS dengan seorang wanita lain.
Kes ini dibicarakan di hadapan Hakim Syarie, Tuan Hakim Shaiful Azli bin Jamaludin pada 11 Jun, hari ini, jam 11am. Abby telah disahkan cerai pada hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur jam 12 tengahari tadi.
Dari Sisi Abby Abadi
Sebelum ini, mahkamah menangguhkan kes perbicaraan cerai itu kerana wujudnya SMS terdahulu oleh Farhan kepada rakannya, yang tertulis “Saya tiada apa-apa lagi dengan dia” pada January lalu.
Dalam pada perbincangan yang sama, Abby juga telah memaklumkan pihak mahkamah yang wujudnya kronologi SMS di dalam telefon bimbit Farhan dengan seorang wanita. Rantaian SMS itu diketahui Abby pada Januari tahun ini, ketika dia memeriksa telefon bimbit Farhan.
“Saya tidak mahu komen berkenaan itu kerana ia tidak memberi manfaat pada sesiapa” kata Abby kepada wartawan apabila diminta untuk mengulas lanjut tentang SMS tersebut.
“Perkara seperti itu tidak berlaku di hadapan mata saya. Perkara seperti ini saya tidak boleh buat main dan menuduh” kata Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37 tahun.
Abby juga berkata episod kehidupannya pada kali ini tidak akan menjejaskan hubungannya pada masa akan datang. Abby juga menidakkan kenyataan di Instagram yang mana anaknya, Danish, menyuruh Farhan kurangkan melepak dan berkaraoke dengan rakan-rakan.
“Sebenarnya Danish tidak duduk dengan saya, dia berada di Tahfiz. Jadi dia sebenarnya tidak tahu apa-apa yang berlaku di sini. Dia nak bercakap dan berbincang dengan Farhan tapi saya rasa tidak perlu”
Di dalam bilik perbicaraan, Farhan akui pada mahkamah yang dia sudah tidak ada apa-apa hubungan dan perasaan pada Abby di saat mesej itu dihantar pada January lalu.
“Saya melihat Farhan ini cakap pusing-pusing. Apa kuasa saya untuk minta dia ulang kembali apa yang dia cakap pada saya. Padahal SMS yang awal (lafaz pertama) itu dia sudah kata pada saya yang dia tidak berniat untuk menceraikan saya ketika itu”
“Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah pada hari ini dan kini saya serahkan segalanya pada Allah”
Noor Farhan Didera?
Sebelum ini Abby akui perbezaan usia yang jauh adalah antara faktor kepada perpecahan rumahtangganya bersama Farhan. Kini bekas suami Abby, Noor Farhan Che Bakar, 24, pula tampil untuk memberikan kenyataan yang dia sebenarnya telah didera secara emosi dan fizikal oleh Abby ketika mereka masih lagi berumahtangga.
Menurut laporan polis yang ditunjukkan kepada media, telah berlaku perselisihan faham di dalam kereta yang membawa kepada pergaduhan fizikal di antara Abby dan Farhan. Pergaduhan tersebut telah menyebabkan kecederaan di bahagian muka, tangan dan pinggang.
“Saya puas hati dengan keputusan mahkamah hari ini, kerana perkara ini akhirnya dapat diselesaikan. Dia pun pernah mencederakan saya secara fizikal dan emosi. Dia pernah kata saya tidak mendatangkan kebaikan kepada dia”
“Dia telah cederakan saya menggunakan kuku dan kunci motor. Selepas daripada itu saya terus membuat laporan polis. Selepas daripada kejadian itu saya sudah trauma”
Ditanyakan dengan lebih lanjut, Farhan tidak pasti dengan ‘kebaikan’ yang dimaksudkan dan menyuruh wartawan bertanya sendiri pada Abby. Dia juga akui dari segi nafkah dia hanya memberi apa yang termampu.
“Saya tak pasti apa harapan yang dia letakkan pada saya bila dia kata saya tidak mendatangkan kebaikan pada diri dia. Itu media kena tanya dia sendiri. Dari segi nafkah pula, saya beri dia gaji harian saya. Mana-mana sahaja yang termampu”
Farhan juga berkata faktor umur, orang ketiga dan melepak di pusat-pusat hiburan bukan faktor kepada kejatuhan rumah tangga itu.
“Gadis yang dimaksudkan hanya rakan sahaja. Faktor umur yang jauh bukan antara punca kami berpecah. Saya juga jarang ke Cyber Café, karaoke dan melepak”
Akibat daripada penderaan fizikal dan emosi, Farhan juga akui sudah tawar hati dengan hubungannya bersama Abby dan sudah tidak ada mahu apa-apa kaitan dengannya. Hal ini turut membuatkan Farhan akui yang Abby adalah faktor kepada perpecahan mereka.
“Laporan polis yang telah dibuat adalah untuk Abby jauhkan diri dari saya. Laporan polis ini telah dibuat di Balai Polis Ampang, pada 17 Mei 2014 pada jam 10.15 malam. Laporan ini untuk memastikan saya berada dalam keadaan selamat.
iskandarX: isk isk isk akibat cemburu dan kerana faktor usia suami sekarang kena dera, haaaa mau dok jaga ok?
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.