Fida Ibrahim Tampil Bela Diri Dituduh Liat Bayar Hutang
KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Melihat kepada perjalanan karier selebriti Fida Ibrahim, tidak dapat disangkal kehadirannya tetap memberikan dan menambahkan rasa dalam industri hiburan tempatan.
Sepupu kepada Dato` Siti Nurhaliza ini bagaimanapun kerap dikaitkan dengan cerita yang kurang enak didengar.
Tidak hairanlah bila baru-baru ini, ada isu mengatakan dia seorang yang suka berhutang dan liat untuk melangsaikan hutang. Macam-macam pula cerita yang terpalit pada namanya tetapi Fida tampil untuk membersihkan namanya.
Dalam kenyataan itu, Fida menafikan sekeras-kerasnya cerita terkini yang melibatkan dirinya itu.
Namun, Fida mengaku, dia juga tidak terlepas daripada masalah hutang dan kadang-kala ada juga meminjam jika menghadapi kesulitan dalam kewangannya, sama seperti orang lain.
“Nak katakan saya tidak pernah berhutang tu tidaklah, semua orang berhutang. Beli kereta, beli rumah atau beli apa jua jenis aset yang mahal-mahal semuanya secara kredit atau bahasa pasarnya berhutang.
“Apabila merujuk hutang antara saya dengan individu lain, ya memang ada. Tetapi sehingga sekarang, Alhamdulillah tiada masalah kelewatan membayar balik hutang tersebut. Kalau saya tak mampu nak bayar sekaligus, saya sedaya upaya akan membayar sedikit demi sedikit. Akan tetapi, jika mengatakan saya langsung tidak bayar hutang, saya rasa itu tuduhan yang tidak benar,” jelasnya menjawab isu terbabit .
Bagaimanapun, tambah Fida Ibrahim, jika benar dia ada berhutang dengan sesiapa dan tidak pernah berbayar, harap individu tersebut dapat menghubunginya segera.
“Seingat saya, semua hutang-hutang saya dijelaskan mengikut jadual. Jika ada yang tertangguh pun, tidak mengambil masa yang lama. Pun begitu, saya sebagai seorang manusia biasa mungkin terlupa sekiranya ada hutang yang terlepas pandang,” katanya penuh merendah diri.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.