Hans Enggan Ulas Gosip Putus Cinta, Wakili Malaysia Bermain Golf

Hans Enggan Ulas Gosip Putus Cinta, Wakili Malaysia Bermain Golf

Hans Enggan Ulas Gosip Putus Cinta, Wakili Malaysia Bermain Golf


KL, 12 JUNE 2014: Dalam kesibukan menguruskan projek terbaru iaitu pementasan teater muzikal Supermokh ‘Restaging’ yang akan berlangsung September depan, Hans Isaac selaku penerbit melalui syarikat produksinya Tall Order Productions sempat meluangkan masa mengejar cita-cita baru.

Jauh menyimpang daripada dunia seni, Hans Isaac kini mengasah bakat serta skil dalam sukan golf dan mula bermain secara serius. Kurang setahun penglibatan, tidak lama lagi produser ini bakal mewakili Malaysia ke Kejohanan Golf Amatur Dunia Turkish Airlines World Amatur Open.

Aktor berusia 43 tahun itu ditemui di sidang media 'Supermokh Sebuah Musical Re-staging’ di Menara CIMB, KL Sentral, semalam dilihat lebih gelap kerana baru pulang daripada salah satu latihan intensif bermain golf di China.

"A'ah, kulit saya gelap sikit. Sebenarnya saya sekarang tengah berlatih untuk kejohanan dunia pada 9 hingga 16 November ini.

"Masa saya banyak dihabiskan di lapangan golf. Saya mempunyai masa tidak kurang dari 5 bulan lagi untuk berlatih dan bakal menjalani latihan insentif", katanya yang mempunyai masih bermain dalam liga amatur dengan handicap 4.

Perkembangan terbaru Hans Isaac itu seakan memberikan petunjuk bahawa dia sibuk menguruskan hal peribadi sendiri dan enggan menjawab pertanyaan melibatkan hubungan cinta bersama Neelofa yang di katakan sudah berakhir.

“Saya tidak boleh komen tentang perkara itu. Saya rasa saya tak perlu komen kerana fokus saya sekarang adalah pada perniagaan saya dan diri saya. Ada banyak lagi hal lain dan juga hal peribadi saya yang harus saya selesaikan.

“Saya rasa lebih baik berdiam. Biar saya simpan. Lebih baik hanya saya saja yang tahu. Saya tak mahu nanti dikata bercakap putar belit dengan anda semua. Saya hanya mahu bersikap jujur dengan anda semua,”jawab Hans mengenai kisah peribadinya itu.

Berbalik kepada pementasan Supermokh Sebuah Musical Re-Staging yang bakal menemui di Istana Budaya mulai 8 September hingga 21 September 2014 dengan barisan pelakon yang sama dengan pementasan sebelum ini seperti Maya, Karin, Douglas Lim, Dina Nadzir, Rashidi Ishak, Radhi Khalid, Poon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.

Tiket-tiket untuk pementasan kali ini yang mendapat penajaan utama daripada CIMB Bank telah mula dijual dan  harga tiket yang sama iaitu mulai harga RM36 hingga RM236.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers