Abby Abadi & Farhan Sah Bercerai Dengan Talak Satu
KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon, Abby Abadi sah bercerai talak satu dengan Muhammad Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin yang mendengar kes pasangan tersebut memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Farhan pada 9 Mei lalu selaku defendan adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.
Mahkamah juga berpuas hati dengan keterangan kedua-dua belah pihak berhubung kes berkenaan.
Abby pada mulanya sangsi dengan lafaz cerai yang di buat oleh bekas suaminya itu namun semuanya telah diputuskan oleh mahkamah.
“Saya redha dan terima keputusan ini dengan sepenuh hati, dan selepas ini saya terus menjalani kehidupan yang lebih normal,” ujar Abby Abadi.
Menurutnya lagi, dia menyerahkan kepada Farhan sama ada mahu berjumpa dengan anaknya atau pun tidak.
“Saya tidak tahu nak komen apa tetapi, saya faham anak saya adalah anak tiri bukan anak kandungnya,” katanya.
Terdahulu, Farhan memberitahu mahkamah dia memang berniat untuk menceraikan isterinya selaku plaintif dalam kes berkenaan dan sedar dengan tindakannya ketika menghantar SMS berkenaan.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, pada sebutan pertama pada 29 Mei lalu memberitahu mahkamah Farhan membuat lafaz tersebut pada pukul 10.25 pagi selepas mereka bertengkar pada malam sebelumnya.
Bagaimanapun kes tersebut ditangguhkan selepas Abby mendedahkan kepada mahkamah Farhan pernah memaklumkan kepada seorang teman pada Januari lalu menerusi SMS bahawa dia sudah "tiada apa-apa lagi" dengan Abby.
Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.