Menang Ask 2013, Bukti Miera Liyana Bukan Pelakon Kontroversi

Menang Ask 2013, Bukti Miera Liyana Bukan Pelakon Kontroversi


Menang Ask 2013, Bukti Miera Liyana Bukan Pelakon Kontroversi
Menang Ask 2013, Bukti Miera Liyana Bukan Pelakon Kontroversi

Perangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013), Miera Liyana nampaknya boleh tersenyum bangga dengan kejayaannya itu yang disifatkan dapat menutup segala kontroversinya selama ini.

Ditemui ketika majlis bagi meraikan ulang tahun kelahiran pereka fesyen Putra dari butik Cosry malam semalam, Miera Liyana berkata dia langsung tidak menyangka untuk membawa pulang anugerah berkenaan apatah lagi apabila kategori berkenaan dibarisi calon yang ternyata hebat-hebat belaka.

“Terus terang, memang saya tidak menjangka untuk menang anugerah itu. Bila nama saya diumumkan sebagai pemenang, saya sendiri terkejut kerana menyangka kemenangan sepatutnya berpihak kepada orang lain.

“Apatah lagi peranan saya dalam filem Pecah hanya membabitkan empat babak sahaja. Jadi apabila sudah tercalon untuk kategori berkenaan kira sudah bersyukur buat saya,” katanya yang menganggap kejayaannya itu umpama sebuah mimpi.

Jelas pelakon berusia 20 tahun itu, kerana kejayaan berkenaan dia kini boleh menutup segala cemuhan atau pandangan negatif orang ramai yang selama ini menganggap dirinya  sebagai seorang pelakon kontroversi semata-mata.

Sebelum ini, Miera Liyana pernah mencipta kontroversi dengan pakaiannya yang terlalu seksi dan juga hubungan cintanya bersama Shahrizal Jaszle yang terputus di tengah jalan.

Dia sedar, segala isu kontroversi bukanlah sesuatu yang sengaja diundang dan tidak akan membawanya kemana-mana jika mahu kekal sebagaiseorang pelakon berbakat besar.

“Memang banyak tawaran yang datang kepada saya sejak menerima anugerah berkenaan. Tetapi saya perlu memilih skrip yang benar-benar mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon.

“Walaupun hanya empat babak sahaja peranan saya dalam filem Pecah, tetapi saya telah study watak saya sebaik mungkin.

“Bagi memastikan semuanya berjalan lancar, saya telah berbincang dengan pengarah, bagaimana untuk membawa itu dengan baik, terutama untuk memberi kesan mendalam kepada penonton.

“Ini kerana saya tak mahu orang hanya memandang saya sebagaiseorang pelakon kontroversi atau sering dilanda kontroversi sahaja. Saya mahu mereka melihat bakat lakonan saya,” katanya bersemangat.

Selepas menyerlah dalam filem Pecah, Miera bakal tampil dengan lima lagi filem yang masih menunggu tayangannya tidak lama lagi.

Sekalung tahniah diucapkan daripada pihak murai.com.my kepada Miera Liyana di atas kejayaannya di Anugerah Skrin 2013 dan semoga sentiasa berjaya pada masa akan datang.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers