Erma Fatima Bayar Saman Rebecca Nur Al-islam Guna Duit Syiling 5 Sen
Erma Fatima Bayar Saman Rebecca Nur Al-islam Guna Duit Syiling 5 Sen |
Aktres dan pengarah terkenal, Erma Fatima telah membayar wang tuntutan daripada pelakon Rabecca Nur Al-Islam sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen sehingga menimbulkan rasa kurang senang Rebecca terhadap tindakan Erma itu,
Rebecca dalam kenyataannya berkata, mahu Erma membayar wang tuntutan itu dengan cara berhemah.
Difahamkan, Erma bukan sahaja membayar saman tersebut dengan menggunakan syiling malah turut memberikan senaskah al-Quran kepada Rabecca.
"Apa maksudnya itu apabila Erma membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?," kata Rebecca.
Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.
Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.
Dalam pada itu, Erma pula telah memberi komen di laman sosial Twitter mengenai tindakannya itu;
"Aiyoooooo! Takan pasal 5 sen I jadi gaduh! Tak salahkan kalau I nak bayar dia dengan duit apa pun asal I bayar.
"Adakah al-Quran yang selalu dijadikan hantaran kahwin satu sindiran? Saya mahu al-Quran jadi saksi pembayaran saya. Itu sahaja!" ujarnya.
Dalam perkembangan sama, tidak mahu isu ini berlarutan, Erma dilihat memadamkan beberapa foto di Instagram berhubung tindakannya ini.
Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila mahkamah mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca menerusi drama 'Dejavu Di Kinabalu' sebanyak RM11,200 termasuk lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.
Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.