Majlis Dah Dekat, Farawahida Tetap Berahsia Tarikh Kahwin, Wajah Suami!

Majlis Dah Dekat, Farawahida Tetap Berahsia Tarikh Kahwin, Wajah Suami!


Majlis Dah Dekat, Farawahida Tetap Berahsia Tarikh Kahwin, Wajah Suami!
Majlis Dah Dekat, Farawahida Tetap Berahsia Tarikh Kahwin, Wajah Suami!

Penyanyi Farawahida Razali, 28, masih terus berahsia wajah dan nama bakal suaminya walaupun mengakui majlis pernikahan mereka akan dilangsungkan pada bulan ini.

Malah, Fara yang popular menerusi lagu Tanpamu terus bermain teka-teki tentang tarikh perkahwinan itu. 

“Buat masa sekarang ini, Fara tak boleh beritahu lagi tarikh pernikahan Fara. Memang sudah dekat je lagi. Hari Khamis ini Fara akan umumkan dengan menghantar sendiri kad kahwin kepada media.

“Apa yang boleh Fara katakan, Fara akan bernikah pada hari Isnin dalam bulan Disember. Pada mulanya, kami memang nak nikah pada hari Sabtu atau pun Ahad. Namun, memandangkan tarikh itu tiada kekosongan, kami bakal menikah pada hari Isnin.

“Kebetulan pula bakal suami Fara dilahirkan pada hari Isnin dan Nabi Muhammad SAW turut sama lahir pada hari Isnin,” jelasnya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Fara mengakui bakal suaminya yang berusia 29 tahun adalah lelaki yang pernah diberitahu sebelum ini yang man pangkal nama A dan bertugas di pusat rawatan jantung.

“Calon suami saya bukannya seorang selebriti. Dia juga bukan doktor. Dia hanya bekerja membantu doktor pakar jantung saja. Dia juga ada perniagaan sendiri.

“Disebabkan Fara berahsia tentang suami, ramai juga meragui status dia.Terus-terang, bakal suami Fara, bujang orangnya. Fara merahsiakannya banyak benda bukan kerana Fara mahu mengejar title wedding of the year.

“Fara rasa afdal umum semuanya selepas nikah nanti. Bakal suami Fara berasal dari Kuala Lumpur dan kampungnya di Pulau Pinang. Fara kenal dia sekitar tahun 2006 yang mana waktu itu ada reunion bersama kawan sekolah. Tapi dia juga bukanlah kawan sekolah Fara,” katanya.

Menjelaskan mengenai majlis pernikahannya itu, Fara memberitahu majlis pernikahan akan diadakan di kampungnya iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Taiping.

“Nikah akan diadakan di Sentosa Villa sekitar jam 10 pagi. Manakala sanding pula diadakan pada sebelah malam di Dewan Majlis Perbandaran Taiping.

“Fara menjemput semua orang yang mengenali diri Fara untuk hadir ke majlis itu nanti. Kami tidak ada buat majlis merisik tapi mula tekad untuk berkahwin pada awal tahun ini,” ujarnya.

Sungguhpun tidak mengadakan sidang media untuk majlis perkahwinannya itu,Fara bersyukur masih lagi menerima tajaan dari pihak tertentu. Baju nikah Fara dibuat oleh Syarakim dan baju sanding pula direka oleh Wan Azlan dan Zainurin Couture serta Jimmy Moschino Couture.

Untuk pelamin majlis nikah dan sanding, Empayar Che Det bertindak sebagai penaja. 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers