Selepas Papadom 2, Afdlin Shauki Mahu Lahirkan Mamadom

Selepas Papadom 2, Afdlin Shauki Mahu Lahirkan Mamadom

Selepas Papadom 2, Afdlin Shauki Mahu Lahirkan Mamadom
Selepas Papadom 2, Afdlin Shauki Mahu Lahirkan Mamadom

Belum pun filem Papadom 2 ditayangkan di pawagam seluruh negara, pengarah filem berkenaan Afdlin Shauki sudah merancang untuk melahirkan kesinambungan filem francais berkenaan.

Malah ketika bercakap kepada pihak media selepas berlangsungnya tayangan perdana Papadom 2 malam tadi, dia turut bercadang untuk mengambil sekali lagi pelakon berbakat besar, Liyana Jasmay sebagai watak utama dan inspirasi filemnya itu.

“Filem Papadom 2 bukan sahaja sebuah filem yang penuh dengan unsur humor, drama serta air mata, malahan sarat dengan mesej kekeluargaan.

“Saya melahirkannya bagi menunjukkan kepada penonton betapa besarnya dan penting peranan seorang bapa dalam sesebuah keluarga kerana saya sendiri merupakan seorang bapa.

“Jadi apabila melihat pelakon utama filem ini, Liyana Jasmay sudah pun berkahwin dan sekarang sedang hamil, jadi mungkin saya akan melahirkan Mamadom yang mengisahkan pula kehidupan seorang ibu.

“Kerana selama ini Liyana hanya kerap memegang watak sebagai gadis remaja atau anak, tapi sekarang kita akan melihat dia sebagai seorang ibu,”katanya dalam nada jenaka tetapi serius.

Idea Afdlin itu nampaknya telah mendapat sambutan baik daripada Liyana Jasmay yang turut berada pada tayangan perdana berkenaan.

Dia seakan bersetuju untuk memegang watak sebagai seorang ibu dan berharap idea berkenaan dapat direalisasikan dengan sokongan sekali lagi daripada Astro Shaw Sdn Bhd.

Sambutan positif turut diterima oleh  Khir Rahman yang memegang watak sebagai  kekasih Liyana Jasmay  dalam Papadom 2.

Afdlin Shauki menambah, perbincangan untuk melahirkan filem itu belum diadakan lagi, begitu juga dengan jalan ceritanya tetapi sekiranya semua berjalan dengan lancar sudah pasti ideanya itu akan dilaksanakan.

Malah dia juga dia masih dalam perbincangan awal bagi melahirkan Papadom 2 dalam versi bahasa Mandarin selepsa kejayaan Papadom dalam versi bahasa Tamil tidak lama dulu.

Papadom 2 terbitan Astro Shaw Sdn Bhd, Ismail Holdings Sdn Bhd dan Vision Works (M) Sdn Bhd bakal ditayangkan di seluruh negara pada 12Disember ini dengan menampilkan lakonan hebat Liyana Jasmay, Khir Rahman, Scha Al-Yahya, Vanida Imran, Chelsia Ng, Noorkhiriah, Pete Teo dan tidak ketinggalan Afdlin Shauki sendiri.

Filem kesinambungan daripada Papadom yang ditayangkan pada 2009 itu turut dibantu Hans Isaac, Riezman Khuzaimi, Dira Abu Zahar, Johan Raja Lawak dan Ozlynwaty.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers