Akhirnya Icona Pop Bertemu Peminat Di Malaysia

Akhirnya Icona Pop Bertemu Peminat Di Malaysia

Duo popular terdiri daripada dua orang gadis asalan Sweden, Icona Pop akhirnya menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur buat julung kalinya sempena This Is... Icona Pop Showcase, persembahan eksklusif dibawakan khas oleh Warner Music Malaysia buat peminat mereka.

Acara istimewa ini bukan sahaja menandakan sejarah buat Icona Pop yang pertama kali berada di Kuala Lumpur tetapi buat para peminat yang pertama kali dapat bertemu dengan mereka di Club Neverland, Kuala Lumpur pada 29 November lepas.

Showcase yang berlangsung selama 45 minit itu digamatkan dengan dendangan lagu daripada album debut Icona Pop yang memuatkan single hit seperti I Love It, Girlfriend dan All Night. Peminat yang hadir bertuah kerana dihiburkan secara live dengan kombinasi elemen muzik synth pop dan kerancakan EDM dimana suasana bergema memenuhi setiap sudut Club Neverland tersebut.

Icona Pop yang dianggotai Caroline dan Aino juga telah berkesempatan meluangkan waktu bersama peminat baru mereka di Kuala Lumpur dan Malaysia dimana pihak Warner Music Malaysia mengadakan sesi autograf untuk mereka yang membeli CD yang dijual semasa showcase tersebut.

Album debut daripada Icona Pop kini boleh didapati di semua kedai muzik seluruh negara dan anda juga boleh memilikinya menerusi aplikasi iTunes. 

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers