Shila Amzah Artis Paling Kontroversi Sepanjang 2013
Shila Amzah Artis Paling Kontroversi Sepanjang 2013 |
Kontroversi tidak pernah lekang dalam dunia hiburan, malah tahun demi tahun ada sahaja cerita sensasi yang tidak dapat dielak selebriti tanah air khususnya.
Termasuklah, tahun 2013 ini telah menyaksikan pelbagai gosip dan cerita-cerita sensasi melingkari diari kehidupan golongan selebriti tanah air.
Sebagai penutup tirai penghujung tahun ini, murai.com.my ingin membawa pembaca semua menyingkap sorotan gosip dan kontroversi yang melanda artis masa kini.
Bukan mahu membuka pekung di dada sebaliknya sebagai renungan bersama, agar segala peristiwa pahit manis yang pernah melanda sebahagian artis ini dapat menjadi renungan kita bersama.
Pada waktu yang sama memberikan kemeriahan kepada industri hiburan tanah air serta menjadi lipatan sejarah yang tidak mungkin dapat kita lupakan, walaupun 2013 semakin jauh kita tinggalkan.
Kisah Putus Cinta Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad Jadi Tumpuan |
1. Kisah Putus Cinta Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad Jadi Tumpuan
• Hubungan cinta penyanyi, Shila Amzah dan pelakon, Sharnaaz Ahmad telah terjalin sejak tahun lalu. Namun pada awal tahun ini, hubungan cinta mereka seolah-olah sedang dilanda masalah.
• Cerita bermula apabila Sharnaaz dikatakan mengetepikan ibu bapa Shila kerana berkeras untuk melamar teman wanitanya itu walaupun dihalang ibu dan bapa Shila yang takut lamaran itu akan mengganggu perjalanan karier seni Shila.
• Menurut ND Lala, tindakan Sharnaaz secara terbuka mengumumkan Shila sebagai bakal isterinya adalah sangat memalukan dan soal kahwin bukanlah hal kecil yang boleh dipandang remeh.
• Hubungan mereka selepas itu seakan-akan retak menanti belah apabila ND Lala seolah-oleh tidak merestui hubungan mereka dan akhirnya menyebabkan pergaduhan besar diantara mereka berdua.
• Atas sikap tidak mahu menimbulkan permasalahan yang berlarutan maka Shila mengeluarkan satu kenyataan rasmi tentang hal ini bagi meredakan seketika persepsi terhadap mereka.
• Shila kemudian dikatakan lari dari rumah menimbulkan kerisauan ramai apabila mendedahkan tidak lagi bersama keluarga kerana ingin mencari ketenangan.
• Ini sekaligus menyebabkan ramai yang menyangka dia telah melarikan diri dari rumah. Lebih-lebih lagi bila ND Lala membuat laporan polis berhubung kehilangannya sejak seminggu lalu.
• Tetapi sehari sebelum Shila dijadualkan membuat persembahan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pada 11 Februari, pihak polis mengesahkan dia telah ditemui semula di Kemaman, Terengganu beberapa jam selepas laporan tu dibuat. Berita itu disampaikan ND Lala sendiri.
• Melalui Twitternya, Shila menjelaskan dia bukannya melarikan diri, hanya inginkan "a peace of mind away from all these people”
• Shila menggemparkan hiburan tanah air apabila muncul dengan video meminta maaf kepada yang telah bimbangkan dirinya termasuk ibu bapanya. Sambil menangis dan mata bengkak dia menyanyikan lagu Ombak Rindu
• Hubungan mereka akhirnya putus juga apabila masing-masing membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing
Hubungan Teman Tapi Mesra Shila Amzah & Johan As’ari Bawa Padah! |
2. Hubungan Teman Tapi Mesra Shila Amzah & Johan As’ari Bawa Padah!
• Selepas kisah cinta penyanyi, Shila Amzah dan pelakon, Sharnaaz Ahmad berakhir dan reda, Shila dilihat mula rapat dengan pelakon, Johan As’ari bermula pada Syawal lalu
• Shila kerap berkongsi gambarnya bersama Johan di Instagram dan menunjukkan mereka begitu intim dan sering berkeluar bersama.
• Lebih mengukuhkan gosip mengatakan mereka ketika itu sedang bercinta, keluarga kedua-dua belah pihak seakan-akan merestui hubungan mereka kerana keluarga mereka sudah menjalinkan hubungan baik agak lama.
• Namun, apabila ditanya pihak media sejauh mana hubungan mereka , masing-masing menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta tetapi akui berkawan rapat.
• Sejak dari itu, Shila dan Johan sering kelihatan bersama di mana-mana acara hiburan. Malah Shila semakin rancak memuat naik gambar-gamabr mereka bersama dengan kata-kata berbaur cinta.
• Sedang asyik hubungan mereka diperkatakan, pada penghujung November lalu Johan membuat kejutan apabila mengakui sudah melamar Lana Nordin sebagai isterinya dan akui sedang bercinta selepas tiga hari keluar bersama.
• Shila seolah-olah menerima tamparan hebat dengan berita pengakuan Johan itu dan sejak itu Shila telah membuang gambar-gambarnya bersama Johan.
• Malah, Shila juga telah meluahkan rasa tidak puas hatinya di Twitter dan Instagram. Kata-katanya seperti ditujukan kepada Johan dan akui telah tertipu dengan sikap Johan.
• Johan juga akui Shila telah ‘Blocked’ dirinya dari akaun Instagram selepas Johan akui kini telah menjalinkan hubungan cinta dengan Lana.
Johan As’ari Melamar Lana Nordin Selepas 3 Hari Berkenalan |
3. Johan As’ari Melamar Lana Nordin Selepas 3 Hari Berkenalan
• Tiada angin tiada ribut pelakon, Johan As’ari membuat pengakuan dia kini menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Lana Nordin dan telah melamar pelakon wanita itu sebagai isteri selepas 3 hari berturut-turut keluar bersama.
• Pengakuan Johan itu nampaknya telah menimbulkan cerita negatif yang kononnya Lana telah menggunakan ilmu hitam untuk memikat Johan. Namun perkara itu telah dinafikan oleh Lana.
• Malah, ada cerita timbul hubungan mereka tidak direstui oleh ibu Johan dan Lana sedang berusaha untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik bagi memikat hati ibu Johan.
• Johan memberi syarat supaya Lana tidak lagi memakai skirt pendek selepas ini.
• Tindakan Lana yang berusaha untuk berubah bagi demi Johan telah dikecam peminat.
• Namun Lana bersyukur kerana dia ditemukan dengan kekasih yang diyakini boleh membimbingnya di dunia dan akhirat.
Aeril Zafrel & Wawa Zainal Diketahui Dah Berkahwin Selepas Menimang Cahaya Mata |
4. Aeril Zafrel & Wawa Zainal Diketahui Dah Berkahwin Selepas Menimang Cahaya Mata
• Pada Oktober lalu, gempar apabila sebuah akhbar melaporkan kononnya pelakon Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, dan Wawa Zainal,22, sebenarnya sudah bernikah pada 4 Februari lalu.
• Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
• Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata.
• Namun, pada 11 Oktober lalu, pelakon Aeril Zafrel akhirnya tampil dalam sidang media mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.
• Aeril berkata, dia dan Wawa telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.
• Aeril mengaku mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.
• Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.
• Beberapa hari selepas itu sebuah akhbar menampilkan bekas kekasih Wawa yang pernah menjadi tunangannya membuat pengakuan Wawa tidak pernah memutuskan pertunangan mereka sehingga dia mengetahui mengenai perkahwinanya.
• Belum lagi reda isu perkahwinan senyap-senyapnya itu, Aeril didakwa pula pernah berkahwin dengan Ummi Nazeera sebelum kontroversi perkahwinannya dengan Wawa Zainal terbongkar pada Oktober lalu.
• Satu laporan akhbar mendakwa Aeril pernah berkawan baik dengan Ummi dan meminati lakonan wanita itu.
• Aeril bagaimana pun kesal dengan tuduhan tersebut dan menganggap ia sebagai satu serangan peribadi.
Fizz Fairuz Tunang Dengan Isteri Orang |
5. Fizz Fairuz Tunang Dengan Isteri Orang
• Tiada angin tiada ribu, pada awal Februari lalu, Fizz Fairuz mengejutkan industri hiburan apabila beberapa keping gambar dia di dalam majlis pertunangan dengan seorang wanita yang bernama Azlyn Massiela.
• Almy Nadia yang tidak tahu menahu mengenai hal itu dan terkejut
• Seminggu selepas itu, Fizz membuat pengakuan dia bertunang dengan isteri orang tanpa pengetahuannya dan telah memutuskan pertunangan itu.
• Azlyn dilaporkan adalah isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an dan mereka bernikah di Thailand beberapa tahun yang lalu.
• Fizz Fairuz juga tidak menolak kemungkinan semua yang terjadi ketika ini merupakan buatan orang & Almy Nadia sendiri pernah menasihatkan beliau untuk berubat secara alternatif.
• Beberapa bulan kemudian, hubungan Fizz dan Almy kembali intim dan mereka dikatakan menjalinkan hubungan cinta semula.
• Namun tidak lama selepas itu, Almy Nadia telah memuat naik satu status yang menunjukkan dia seolah-olah ditipu oleh seseorang.
• Status itu tersebar luas dan telah menimbulkan spekulasi bahawa status itu merujuk kepada Fizz Fairuz yang khabarnya masih belum masuk merisik Almy seperti yang dijanjikan.
• Terbaru, Fizz akui tidak mengetahui maksud sebenar status itu tapi mengesahkan bakal menikahi Almy pada pertengahan tahun hadapan.
Diana Danielle Didakwa Hamil Anak Luar Nikah Farid Kamil |
6. Diana Danielle Didakwa Hamil Anak Luar Nikah Farid Kamil
• Keputusan Diana Danille dan Farid Kamil yang ambil masa untuk bernikah dalam masa yang terlalu singkat menimbulkan cerita yang kurang enak.
• Gosip timbul yang mengatakan, Diana sudah hamil terlebih dahulu dan tindakan bernikah itu dilakukan untuk menutupkan aib mereka berdua.
• Berita kehamilan Diana selepas 16 hari nikah diijabkabulkan pada 7 November 2012, nampaknya telah menyokong gosip yang bertebaran
• Diana juga dikatakan seolah-oleh melarikan diri selepas isu hamil itu kerana dia dikatakan sudah mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di Australia
• Lebih mengukuhkan gosip itu apabila selepas peminat pelakon Diana Danielle dikejutkan dengan berita bahawa beliau telahpun selamat melahirkan seorang bayi lelaki lebih awal pad Mei lalu di sebuah hospital berhampiran dengan kediamannya di Sydney, Australia.
• Namun spekulasi berkenaan telah dibetulkan pada 11 Jun dengan kenyataan pihak pengurusan Metrowealth bahawa tuduhan tersebut adalah tidak berasas kerana isteri kepada pengarah filem Farid Kamil itu hanya akan melahirkan pada akhir Julai atau awal Ogos.
• Khabar angin ini tercetus apabila Farid Kamil memuat naik gambarnya sedang mencium seorang bayi di laman sosial Instagram dan Facebook.
• Namun ia dijelaskan apabila adik kepada Farid Kamil, Fadzil Zahari juga memuat naik bayi gambarnya bersama bayi yang sama di laman Instagramnya. Farid Kamil kemudian menjelaskan bahawa bayi tersebut adalah anak kepada adik lelaki beliau yang telah dilahirkan pada 11 Mei lalu.
Rozita Che Wan & Zain Saidin |
7. Rozita Che Wan & Zain Saidin
• Gempar apabila ada seseorang di laman sosial Facebook bernama profil Awek Comel memuat naik sekeping foto baju dalam berwarna merah yang didakwa milik Rozita Che Wan untuk dijual. Baju dalam itu dipercayai dikutip selepas penggambaran drama oleh pihak belakang tabir. Namun Che Ta telah menafikan bra itu miliknya
• Che Ta pernah dilabel sebagai selebriti yang sering menggayakan pakaian sendat. Malah Che Ta akui dia sengaja berpakaian kekat supaya senang hendak monitor sama ada berat badannya sudah naik atau tidak.
• Setelah disahkan bercinta dan ingin berkahwin dengan Zain Saidin, mereka berhadapan dengan dugaan apabila Zain didatangi individu yang membuka aib serta menceritakan keburukan Che Ta supaya hubungan mereka berantakan.
• Pasangan ini kemudian mengadakan majlis merisik yang gah dan mewah di Hotel Carcosa Negara. Majlis itu telah dikecam oleh orang ramai kerana berpendapat ianya patut diadakan secara sederhana di antara keluarga sahaja.
• Meksipun masih merahsiakan tarikh majlis perkahwinan, Che Ta dan Zain dengarnya sudah ke London dan berhabis wang sehingga RM200 000 untuk barang hantaran masing-masing
• Bukan setakat itu sahaja pasangan ini turut ke Paris dan Bali untuk merakamkan gambar pra-perkahwinan mereka yang dianggap seperti menunjuk-nunjuk.
• Setelah pelbagai spekulis mengenai tarikh perkahwinan mereka timbul, pasangan ini akkhirnya mengadakan sidang media mengumumkan mereka bakal berkahwin pada 11 Disember 2013.
• Lebih gah lagi, perkahwinan mereka disifatkan antar yang termahal kerana ditaja sebanyak RM13 Juta untuk majlis nikah dan perkahwinan.
• Perkahwinan yang menelan belanja itu telah dikecam oleh seorang ustazah dalam sebuah akhbar yang menyifatkan ianya berdosa kerana bersikap menunjuk-nunjuk dengan perkahwinan yang meriah dan gambar pra-perkahwiann yang seksi.
Rita Rudaini Diceraikan Sehari Sebelum Raya |
8. Rita Rudaini Diceraikan Sehari Sebelum Raya
• Setelah sekian lama perkahwinan mereka tergantung dan naik turun mahkamah, pemain pertahanan Bola Sepak Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya menceraikan dramatis, Rita Rudaini dengan talak satu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)
• Aidil dilaporkan membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan tindakan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil yang telah disiarkan dalam ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP yang memburukkan dirinya.
Sharifah Sakinah Bra Merah |
9. Sharifah Sakinah Bra Merah
• Kontroversi video Bra Merah bermula apabila Sharifah Sakinah memuat naik video menerusi laman sosial Keek milik akuan Anzalna yang berbaur agak lucah.
• Antara kata-kata yang dikeluarkan oleh Sharifah dalam rakaman video itu adalah berbunyi berikut, "Hai, Saya Siti Nurhaliza, Selamat membeli belah di Jusco. Hai saya Sharifah Sakinah, saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. Hari ini saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah. Tak sabar nak tunggu orang kutuk,”katanya.
• Videonya itu tersebar luas di laman sesawang dan mendapat kritikan negatif daripada ramai pihak termasuk orang luar dan media terutamanya.
• Pelakon Sharifah Sakinah kemudian meminta maaf di atas penyebaran video
• Dato’ Siti Nurhaliza yang diminta mengulas mengenai video itu berkata "Saya menganggap rakaman itu imaginasi dia sahaja. Tidak mengapa lah. Budak muda kan, mungkin tengah seronok, "jelasnya.
Shah Jaszle Kena Tangkap Khalwat |
10. Shah Jaszle Kena Tangkap Khalwat
• Pada 17 Mei 2013 dunia hiburan digemparkan dengan berita pelakon, Shah Jaszle ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang, Subang Jaya, jam 3.30 pagi.
• Shah Jaszle yang ketika itu merupakan tunang kepada seorang pelajar kedoktoran, Hazwani bagaimanapun tidak mengakui kesalahannya
• Meskipun Hazwani akui dia masih percayakan Shah Jaszle , namun keluarganya bertindak untuk memutuskan pertunangan mereka
• Selepas Shah Jaszle akui dirinya telah diperangkap, pasangan berkhalwatnya, Farah tampil membongkar bahawa mereka sebenarnya sudah beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta
• Shah Jaszle yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Farah itu menyerang wanita itu di tempat kerana iaitu sebuah bank
• Beberapa bulan selepas itu, Shah Jaszle mengesahkan bahawa keluarga Redzwani telah menerimanya kembali dan berharap agar hubungan mereka dapat disatukan semula.
• Kes khalwat Shah Jaszle dibawa ke mahkamah dan ketika perbicaraan dia akui tidak bersalah.
Gambar Bogel Adi Putra |
11. Gambar Bogel Adi Putra
• Seorang ahli perniagaan dari Johor telah membuat laporan polis mendakwa pelakon popular Adi Putra telah bertukar gambar lucah dan berbalas mesej dengan isterinya yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
• Pelakon dan wanita itu didakwa mengaku berbalas mesej dan menghantar gambar lucah sejak 29 Julai hingga 5 Ogos lalu dengan alasan 'suka-suka' dan tidak pernah bertemu sebelum ini.
• Adi Putra bagaimana pun menafikan dakwaan itu dan turut membuat laporan polis mendakwa dia telah diugut oleh seorang lelaki yang mengaku suami peminat wanitanya.
• Kini kes tersebut telah pun selesai dan Adi Putra telah pun membuat satu lagi sidang media dengan menyifatkan kes tersebut sebagai ‘no further action’. Namun, usahawan beserta isterinya turut membuat siding media pada keesokan harinya untuk memaklumkan bahawa mereka masih mahu membuka kes tersebut.
Abby Abadi Kahwin Lelaki Muda |
12. Abby Abadi Kahwin Lelaki Muda
• Meskipun sudah lama sunyi dari industri seni tanah air, namun kisah hidup pelakon, Abby Abadi, 38, ini masih diikuti dan beliau telah menggemparkan industri hiburan apabila dia mendedahkan telah berkahwin dengan jejaka yang lebih muda 12 tahun daripadanya.
• Mereka bernikah pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.
• Abby menyifatkan perkahwinannya dengan suaminya, Farhan, 24, yang menjalankan perniagaan sendiri, adalah jodoh yang tidak disangka selepas hanya dua minggu berkenalan.
• Abby mendedahkan dia dan suami bernikah di selatan , Thailand.
• Pasangan ini kemudian mengadakan resepsi perkahwinan mereka pada 31 Ogos dan majlis di pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas itu.
Amy Search Diisytihar Muflis |
13. Amy Search Diisytihar Muflis
• Pada Septmber 2013, kecoh apabila sebuah blog menyebarkan salinan surat pengisytiharaan muflis yang turut dilengkapi nama penuh penyanyi rock lagenda, Amy iaitu Suhaimi A Rahman, bersama nombor kad pengenalannya.
• Vokalis kumpulan Search, Amy Search itu dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009. Justeru, perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy muflis.
• Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya pada 20 November lalu penyanyi lagenda rock negara, Amy Search atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 55, tampil untuk mengesahkan mengenai kesahihan kontroversi tersebut.
• Amy Search mendedahkan dia jatuh muflis setelah dianiaya oleh sahabatnya sendiri. Namun tidak dapat mengulas lanjut kerana sudah menyerahkan kes itu kepada mahkamah untuk tindakan seterusnya.
Nora Danish & Nadeem Nazri |
14. Nora Danish & Nadeem Nazri
• Seperti yang semua sedia maklum, pelakon Nora Danish antara selebriti yang aktif menggunakan akaun laman sosial Instagram miliknya. Apa jua yang dlikukan bersama orang di sekelilingnya pasti dikongsi.
• Namun, pawa awal tahun ini, Nora telah berkongsi beberapa gambarnya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dilihat sangat intim dan tak ubah seperti pasangan bercinta.
• Nora Danish bagaimana pun apabila ditemu bual media hanya mengakui sedang berkawan rapat dengan anak kepada seorang menteri iaitu Nadeem atau Muhammad Nadem Nazri.
• Sejak daripada itu, Nora sangat terbuka berkongsi gambar-gambarnya bersama jekaka itu. Malah mereka kelihatan kerap berjumpa dan ke rumah Nora bersama keluarga Nora yang lain.
• Meskipun masih memberi jawapan yang sama iaitu hubungan mereka hanya sekadar rakan rapat namun apa yang digambarkan di dalam laman Instagram adalah sebaliknya.
• Malah, timbul gosip kononnya Nadeem telah menghadiahkan sebuah rumah bunglow dan sebiji kereta Ferrari kepada Nora Danish tanda lamabang cintanya.
• Tidak cukup dengan itu mereka kerap bercuti bersama iaitu ke Indonesia dank e beberapa negara Eropah.
• Nadeem juga pernah turut mengikut Nora ke kampong neneknya di Myanmar.
• Meskipun hubungan mereka seperti tiada rahsia lagi, namun Nora masih akui belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga.
Pekin Ibrahim Dakwa Uqasha Senrose Main Kayu Tiga Dengan Sharnaaz Ahmad |
15. Pekin Ibrahim Dakwa Uqasha Senrose Main Kayu Tiga Dengan Sharnaaz Ahmad
• Kecoh apabila tiba-tiba pelakon, Pekin mengesahkan hubungan cinta dan pertunangannya dengan Uqasha Senrose sduah berkhir disebabkan orang ketiga.
• Gosip mula berterbangan selepas itu apabila mendakwa Sharnaaz Ahmad adalah orang ketiga yang menjadi punca keretakan hubungan mereka.
• Namun, cerita itu reda sebentar apabila Pekin tampil membuat kenyataan bahawa silap memberi kenyataan sebelum ini dan hubungan dan pertunangan mereka tidak pernah putus.
• Sharnaaz juga walaubagaimana pun menafikan cerita kononnya dia menjalinkan hubungan istimewa.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.