Variasi Destinasi & Berinformasi Dalam Destinasi Ria Bersama Airasia

Variasi Destinasi & Berinformasi Dalam Destinasi Ria Bersama Airasia


Variasi Destinasi & Berinformasi Dalam Destinasi Ria Bersama Airasia
Variasi Destinasi & Berinformasi Dalam Destinasi Ria Bersama Airasia

Kekal unggul dalam kelas tersendiri, AirAsia Berhad, syarikat penerbangan tambah murah terbaik dunia yang berpangkalan di Malaysia ini bukan sahaja menandakan Kuala Lumpur dipeta dunia.

Melalui perkhidmatannya yang lebih menijimatkan itu, Air Asia juga diihat menjadi penghubung pengunjung diluar Asia untuk menjelajah destinasi baru di sekitar benua terbesar ini yang mungkin belum dibuka oleh syarikat penerbangan lain.

Bagi memperhebatkan lagi perkhidmatan seumpama ini, inisiatif telah diambil pihak Air Asia dengan kerjasama Astro dan Celebrate TV tampil dengan siri travelogue mereka yang meraikan para pasangan selebriti yang baru mendirikan rumah tangga dipaparkan di dalam Destinasi Cinta tidak lama dahulu.

Melihat kepada respon yang sangat positif daripada siri pertama tersebut, rancangan travelogue ini tampil berwajah baru dan tidak lagi sekadar meraikan pasangan baru berkahwin. Kali ini 13 destinasi sekitar Asia yang dipilih akan disertai bersama selebriti telah diterbangkan dan ditaja sepenuhnya oleh Air Asia bagi menjayakan Destinasi Ria.

Setiap destinasi yang dikunjungi Destinasi Ria akan diwakili selebriti yang dipilih agar bersesuaian dengan persekitaran dan suasana destinasi pilihan kali ini. Destinasi Ria Bersama AirAsia musim kedua memilih laluan penerbangan AirAsia antaranya Surabaya, Ho Chi Minh, Jakarta, Hong Kong, Sandakan, Shenzen, Hanoi, Siem Reap, Guilin dan Shanghai.

Sementara artis yang ditampilkan menerusi musim kedua ini antaranya Lisa Surihani, Adibah Noor, Najwa Latif, Datuk Aznil Haji Nawawi, Elfira Loy, Hazama, Tomok, Yazer dan Sarah Raisuddin. Mereka ini telah dibawa berlibur ke destinasi pilihan bersama-sama individu pilihan mereka.

Sebelum itu di sidang akhbar pengumuman Destinasi Ria tidak lama dahulu, Ketua Komersial AirAsia Berhad, Kenny Wong menjelaskan pembabitan artis dan juga sanak saudara serta rakan-rakan mereka dalam menjayakan rancangan itu boleh mempromosikan lagi Destinasi Ria Bersama AirAsia yang menggunakan laluan penerbangan syarikat tambang murah itu.

"Setiap tempat yang kami tampilkan dalam program itu berbeza-beza tarikannya. Ada tempat yang lebih popular untuk aktiviti seperti membeli-belah ataupun berbulan madu. Sementara artis-artis yang dipilih juga dipadankan dengan kesesuaian destinasi yang mereka pilih.

"Cara itu akan memberi lebih banyak pendedahan kepada para penonton bagi melancong dan menggunakan perkhidmatan kami.

"Contohnya kalau destinasi seperti Hong Kong yang disertai oleh Elfira Loy bersama dua adiknya iaitu Ezzra dan Ezlisa dan Ezzrin amat sesuai untuk berlibur seperti Disneyland yang terdapat di sana," ujarnya.

Destinasi Ria Bersama AirAsia yang dihasilkan oleh Celebrate TV Sdn Bhd yang memasuki musim kedua telah mula bersiaran pada setiap hari Rabu sejak 6 November di Astro pukul 10 malam.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers