Fouziah Gous |
Fouziah Gous terima banyak tajaan
AKTRES Fouziah Gous, 30, mengakui menerima banyak tajaan sempena majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung 21 September ini.
Bagaimanapun jelas Fouziah, ada di antara tajaan itu terpaksa ditolaknya.
“Ada banyak penaja yang datang untuk taja perkahwinan ini tapi saya tidak mahu kerana saya mahu lakukannya sendiri.
“Jika mereka taja nanti mereka akan buat apa yang mereka suka untuk majlis saya. Namun ada beberapa tajaan sahaja yang saya terima,” katanya.
Menurut Fouziah, antara tajaan yang diterima adalah daripada pihak Adabi dan Alaisyah.
"Walaupun saya bukan lagi duta produk kecantikan itu lagi, namun mereka sudi menyediakan 1000 cenderahati untuk diberikan kepada tetamu yang hadir bagi majlis saya.
"Manakala pihak lelaki pula menerima tajaan Adabi. Selain itu, kami juga akan menyediakan cenderahati daripada produk sendiri iaitu sarang burung walit," katanya.
Bukan sahaja menerima tajaan daripada syarikat besar, Fouziah mendedahkan, dia juga menerima hadiah percutian di Gold Coast, Sepang, daripada seorang peminatnya.
"Kami sangat menghargai hadiah ini. Terima kasih buat peminat dan ia merupakan hadiah istimewa buat kami.
"Mungkin kami akan berbulan madu di sana. Rehat sekejap di sana, kemudian kami akan putuskan bercuti ke mana," kata Fouziah yang menggunakan khidmat perunding perkahwinan iaitu Nas Great Idea Sdn Bhd untuk majlis nikah dan sanding nanti.
Terus aktif
Di tebak mengenai perjalanan kariernya selepas ini, pelakon yang kini membintangi drama Alam Maya mengakui tunangnya, Md Zhafran (Zhaf) tidak menghalangnya untuk terus aktif.
"Alhamdulillah, syukur kerana Zhaf seorang memahami kerja saya macam mana.
"Lagipun waktu kerja saya sangat fleksibel, keluar petang pagi keesokannya baru balik rumah," katanya.
Bagaimanapun, ditanya mengenai tindakan Zhaf yang melenting selepas dia dihentam baru-baru ini, Fouziah berkata, kadang kala Zhaf bersikap lurus apabila ada peminat yang beri tanggapan negatif kepada mereka.
"Dia rajin melihat media sosial saya seperti Instagram kerana mahu lihat komen-komen peminat.
"Saya selalu menegahnya, lagipun ia perkara biasa dalam dunia artis dan jangan ambil pusing dengan perkara tersebut," katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.