Meditasi berwajah baru!

Meditasi berwajah baru!
Ahli kumpulan Meditasi.

Meditasi berwajah baru!


Biar Pedih Kasih Memanjang dan Demi Rindu Kita merupakan lagu hits kumpulan Meditasi yang cukup popular pada era 90-an.

Namun setelah menyepi selama 18 tahun, Meditasi kini kembali dengan ahli baru Raof (Keyboard), Mohd Yusof (Gitar kedua), Black (Bassist), J Roy (Dummer), selain  mengekalkan dua anggota asal, Bakaruddin (Burn) selaku vokalis dan Rosli Ahmad (Liey) sebagai gitaris utama.

Yakin masih mempunyai pengikut tersendiri, maka kerana itulah Meditasi kembali memperjuangkan muzik mereka. Malah bagi ketua kumpulan Meditasi, Burn, ia merupakan percaturan yang besar untuk Meditasi terus bertahan dalam seni muzik tanah air.

"Saya akui, bukan mudah untuk menubuhkan kembali kumpulan yang  telah lama menyepi, tapi kami yakin dengan semangat setiap anggota Meditasi mampu memberi nafas baru terhadap kumpulan ini dan juga muzik rock yang kami perjuangkan," katanya.

Di samping itu ujarnya, bukan  mudah untuk memilih anggota baru.

"Untuk mencari ahli baru juga sukar kerana kami perlu pemuzik berpotensi tinggi.

"Tetapi kami percaya dengan bakat yang mereka ada, ia mampu memberi pembaharuan kepada Meditasi untuk menarik perhatian peminat generasi muda terhadap muzik rock," katanya.  

Kekalkan muzik rock


Kehadiran ramai bakat baru serta pasaran muzik tidak menentu, bukanlah menjadi titik penghalang kepada Meditasi untuk kembali mempertaruhkan karya baru mereka. Justeru, dengan mengekalkan muzik rock, Meditasi tetap menampilkan kelainan demi mengikuti peredaran zaman yang  bersesuaian dengan selera peminat masa kini.

"Kalau dilihat dalam industri,  sekarang ada segelintir lagu lama yang diberi nafas baru dari segi melodi dan sebagainya.

"Tapi bagi lagu Meditasi sendiri,  kami masih kekalkan lagu lama. Cuma segi rentak muzik ianya berlainan, kerana anggota baru juga masih muda jadi dari soal tenaga mereka juga berlainan dari ahli Meditasi yang sebelumnya," katanya.  
1

Pertaruh album baru


Namun, Meditasi tidak hanya menyanyikan semula lagu-lagu hits mereka. Sebaliknya merancang untuk tampil dengan album sendiri.

Menurut Burn, album tersebut bakal dilancarkan pada tahun hadapan dan sebagai permulaan mereka akan  tampil dengan tiga single terbaru seperti Air Mata Benci, Laskar Batu dan Rempit.

"Semua lagu itu akan diselitkan dalam album terbaru yang bakal menyusul tidak lama lagi.

"Banyak juga lagu yang telah dicipta, tapi belum dirakam lagi, Insya-ALLAH jika segalanya siap sepenuhnya kami akan keluarkan album secepat  mungkin," katanya.

Dalam pada itu, Meditasi turut merancang untuk tampil dengan album karaoke.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers