Rama warisi bakat Charly. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB |
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
Phoema bawa cinta remaja dalam lagu. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB |
MUNGKIN nama Phoema belum cukup dikenali seperti band-band hebat lain dari Indonesia. Namun, lima anak muda ini bertekad untuk terus berkarya dan menyebarkan muzik mereka di Malaysia dan Indonesia.
Bermula dari sekadar hobi bermain muzik, akhirnya pada tahun 2005, terbentuklah Phoema. Sejak lapan tahun dalam industri, ini merupakan pertama kali mereka terbang ke Malaysia dalam rangka mempromosikan single mereka, Cinta Butakanku.
Band dari Cirebon ini dianggotai M.Rully Ramadhan (Rama, vokalis), Hadzunda Laga (Aga, pemain gitar), Rifany Agung Suharto (Fany, pemain bass), Lugas Erdiansyah (Lugas, pemain keyboard) dan Muhammad Rizky Viansyah (Kiki, pemain drum).
Membawa konsep cinta remaja, Phoema yakin dapat menawan hati pendengar ekoran semua orang pernah mengalami cinta monyet terutama di bangku sekolah.
“Lagu Cinta Butakanku ini dicipta sepenuhnya oleh saya. Ia diinspirasi daripada kisah benar yang berlaku terhadap saya dan ahli Phoema yang lain,” kata Rama kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sesi fotografi di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
Rama yang juga adik kepada penyanyi dan pencipta lagu terkenal dari Indonesia, Charly dari Setia Band dilihat mewarisi bakat menyanyi dan mencipta lagu dari abangnya itu.
“Lagu ini diterbitkan oleh Charly tapi lirik dan lagunya saya cipta. Mungkin bakat dan latihan yang membawa kepada siapa saya hari ini,” katanya.
Untuk pengetahuan, nama Phoema diambil daripada nama setiap ahli kumpulan mereka selain menjadikan harimau Puma sebagai motivasi buat mereka terus berkarya dalam industri muzik.
Band ini juga sudah lali dikaitkan dengan Setia Band malah ada yang mengatakan mereka menumpang populariti band tersebut.
“Ada yang kata kami menumpang populariti tapi kami hanya anggap ia angin lalu. Tanpa usaha, tak mungkin kami boleh menjadi seperti hari ini.
“Kami sudah berada dalam industri lapan tahun, jadi jika dikatakan tumpang populariti, kenapa tidak dari dulu lagi saja?,” kata Fany dan Agas.
Apa yang menarik, kelima-lima anak muda yang berusia 17 tahun ini telah menyatukan ibu bapa masing-masing sehingga menjadi sahabat sama seperti mereka.
“Alhamdulillah kami mendapat sokongan dari keluarga. Memandangkan kami bersahabat, jadi, ibu bapa kami juga turut bersahabat seperti kami,” kata Fany.
Kelima-lima anak muda ini akui tidak dapat lari dari berbalah sesama sendiri dalam banyak hal.
Namun, ia dapat diselesaikan dengan cara baik kerana dalam tempoh lapan tahun itu, mereka sudah mengenali karakter setiap ahli mereka. Selain sibuk berkarya dalam dunia muzik, mereka turut menyimpan impian untuk mengejar cita-cita masing-masing.
Aga yang mempunyai minat melukis bercita-cita menjadi arkitek sementara Fany mahu menjadi doktor dan Rama pula mahu menjadi guru. Agak lain daripada lain apabila Kiki menyuarakan impian untuk menjadi pelayar agar dapat mengelilingi dunia dan Lugas pula mahu menjadi seorang ilmuan dalam hal keagamaan.
Album mini Phoema berjudul Sweet Seventeen yang mengandungi enam lagu hasil ciptaan sepenuhnya Rama itu bakal menemui peminatnya sekitar Ogos ini. Antaranya, Hampa, Bulan, Mengapa, Jangan Tinggalkan Aku dan Wanita Terindah.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.