Gabriel Fairuz Louis |
SIBU - Lagu berjudul 'Genggam Jariku' ciptaan penyanyi yang sedang mencipta nama, Gabriel Fairuz Louis, muncul sebagai lagu terbaik pada Anugerah Juara Rentak Ruai (Ajaar) keenam malam tadi.
Gabriel, 27, yang bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, mengalahkan 11 peserta lain untuk meraih hadiah RM5,000 serta sebuah trofi pada majlis yang berlangsung di Dewan Suarah di sini.
Lagu ciptaannya juga diundi sebagai lagu ketiga paling popular pada pertandingan itu, yang bertujuan memberi penghargaan kepada penyanyi dan pemuzik Iban, di samping memajukan industri muzik Dayak.
Pertandingan tahunan ini dianjurkan stesen radio swasta tunggal di negeri ini, Cats FM bersama kumpulan penajanya.
Kemenangan itu menambah satu lagi rekod kejayaan bagi penyanyi berbakat besar ini.
Ketika mewakili Malaysia pada XXII Discovery International Pop Music Festival di Varna, Bulgaria dari 17 hingga 19 Mei, Gabriel memenangi Anugerah Diploma bagi kategori 'Best Country Hit' setelah menyanyikan lagu ciptaan sendiri berjudul 'Percaya'.
Tahun lepas, dia meraih hadiah 'Album Terbaik' pada Anugerah Muzik Dayak 2012 di Kuching dan diundi sebagai 'Artis Lelaki Terbaik' serta "Artis Lelaki Baru Terbaik'.
Presiden Persatuan Artis dan Pemuzik Dayak Sarawak Snowdown Lawan dan pengarah Cats FM Datin Hanifah Hajar Taib-Alsree menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang anugerah itu. - Bernama
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.