Pencari Suaka: Pelan Penyelesaian Malaysia Perlu Dirunding Semula

Oleh Neville D'Cruz


Australia, BERNAMA, News, Pencari, Suaka, Pelan, Penyelesaian, Malaysia, Perlu, Dirunding, Semula,


MELBOURNE, 8 Julai (Bernama) -- Penyelesaian yang ditawarkan Malaysia untuk mengatasi masalah pencari suaka perlu dirunding semula kerana ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan yang ada sekarang, kata Menteri Imigresen baharu Australia Tony Burke pada Isnin.

Beliau berkata pakej serantau yang lebih meluas perlu disusun untuk memastikan keberkesanannya dalam menyekat kedatangan pencari suaka.

Pada Ogos 2011, Mahkamah Tinggi memberi tamparan hebat kepada dasar perlindungan sempadan Australia apabila ia menghalang rancangan penghantaran pulang 800 pencari suaka ke Malaysia sebagai tukaran bagi pengambilan 4,000 pelarian dari negara itu.

Burke berkata cadangan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono minggu lepas agar satu sidang kemuncak peringkat serantau diadakan, membuka peluang ke arah mewujudkan pelan penyelesaian baharu Malaysia berhubung isu itu.

Beliau juga membayangkan tentang kemungkinan satu pasukan pakar ditugaskan membuat penilaian tentang jumlah pencari suaka yang patut dihantar pulang di bawah sebarang persetujuan baharu yang dicapai untuk mewujudkan suatu langkah pencegahan yang lebih berkesan.

"Walau apapun, 800 tempat tidak akan mencukupi bagi skala masalah yang kita hadapi sekarang.

"Kita memerlukan penilaian oleh pakar tentang jumlah sebenar tempat yang diperlukan," kata Burke kepada saluran berita ABC 24.

Burke berkata beliau tidak meragui bahawa cara penyelesaian Malaysia akan berjaya ketika itu jika ia mendapat sokongan pemimpin pembangkang Tony Abbott.

Bagaimanapun, katanya kini, langkah pencegahan yang lebih berkesan perlu diwujudkan berikutan peningkatan jumlah ketibaan pencari suaka.

Dalam rundingan dengan Kevin Rudd minggu lepas, Yudhoyono mencadangkan agar satu sidang kemuncak "berorientasikan tindakan" diadakan, yang melibatkan negara seperti Iran dan Afghanistan, untuk mencari penyelesaian bagi kedatangan orang bot yang begitu ramai.

Kenyataan yang dikeluarkan selepas rundingan itu menegaskan tentang pentingnya tindakan bersifat unilateral tidak dilakukan kerana ia boleh merosakkan pendekatan serantau komprehensif sedia ada serta menimbulkan kesulitan daripada segi operasi dan masalah lain kepada mana-mana pihak.

Burke mengaku Rudd gagal menangani sepenuhnya krisis berkaitan sempadan ketika menjalankan tugas penting itu.

"Pada 2009, keadaan di seluruh dunia mula berubah dan kita perlu terus mengubah dasar kita, tapi kita tidak berbuat demikian," katanya kepada stesen radio 2GB.

-- BERNAMA

Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers