Kahwin rahsia?, Tasha Shila beri penjelasan

AKMALIAH RAZAK

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kahwin rahsia, Tasha Shila, beri, penjelasan


TAHUN lalu merupakan tahun sukar buat aktres cantik ini apabila namanya sering dikaitkan dengan pelbagai kisah kontroversi yang kurang enak.

Bukan sahaja dituduh sebagai artis liar yang gemar berparti sana-sini, malah pelakon cantik, Tasha Shila, juga dikaitkan dengan kisah cinta bersama golongan VIP.

Di lembaran 2013, nama Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abd Razak, 26, dilihat mula reda dengan kisah-kisah kontroversi.

Hanya kisah cintanya bersama pemain sayap pertahanan kanan Malaysia dan juga Selangor, Mahali Jasuli yang menjadi perhatian umum.

Namun, enggan bercerita panjang mengenai kisah cintanya, Tasha hanya mengakui dia dan Mahali sedang mengenali hati budi dan masih berkawan seperti biasa.

Tidak terhenti di situ, kini nama Tasha sekali lagi dikaitkan dengan kontroversi baru apabila dia dikatakan telah berkahwin, namun jejaka itu bukanlah Mahali ataupun Datuk J.

Ketika diajukan soalan mengenai perkara itu, Tasha hanya mampu tergelak kecil dan terus memberi penjelasan sebenar.

"Kahwin? Dengan siapa pula saya berkahwin ni? Bila majlis itu? Inilah gosip pertama saya mengenai perkahwinan.

"Saya sendiri tak tahu siapa yang menyebarkan berita ini dan apa motif sebenarnya. Kalau betul saya kahwin, kenapa saya merahsiakan perkara ini? Bukankah ia perkara baik yang perlu dikongsi bersama.

"Lagi satu, siapakah gerangan lelaki itu? Saya pun nak tahu," katanya dengan nada bergurau.

Enggan ambil tahu

Enggan ambil pusing mengenai kontroversi yang bertebaran, Tasha lebih selesa mengabaikan perkara itu.

Menganggap dengan cara itu sahaja boleh menyelamatkan keadaan, Tasha berkata, sebagai selebriti, dia tidak boleh mengambil jalan singkat untuk bertindak.

"Lumrah sebagai selebriti, memang segala tindakan kita akan jadi perhatian. Malah, jika perkara itu tidak benar sekalipun, saya hanya memekakkan telinga dan butakan mata.

"Biarlah apa orang nak kata, yang penting kita tak lakukan perkara itu. Lama-kelamaan, orang bosan juga nak bercerita lagi.

"Lagipun, saya tak pernah ambil tahu gosip-gosip sebegitu. Setahu saya, saya tak pernah bercakap mengenai perkahwinan," kata pelakon drama Bidadari Syurga ini.

Fokus pada karier

Menganggap pengalaman lalu banyak mengajarnya erti kehidupan sebagai selebriti, Tasha lebih berhati-hati dalam setiap perkara.

Katanya, bukan sahaja dari soal kehidupan peribadi, malah apa sahaja yang boleh menjejaskan kariernya perlu dihindari.

"Buat masa ini, saya malas nak fikir soal cinta ataupun pasangan hidup. Keutamaan saya adalah untuk bekerja dan cari duit.

"Saya lebih selesa untuk fokus dalam kerjaya yang menjadi punca pendapatan. Walaupun saya kurang menyerlah, namun rezeki dalam industri masih ada.

"Bukan apa, kalau terlalu mendapat publisiti mengenai soal peribadi juga tidak elok. lebih baik orang bercerita pasal saya mengenai hasil kerja," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama sempena Hari Raya Aidilfitri, Lebaran Kasih untuk tayangan TV3.

Katanya, pada bulan puasa nanti, dia tidak berkesempatan untuk berehat panjang kerana masih terikat dengan penggambaran dan rakaman raya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers