PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- Langkah baharu yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan memberikan syarat tambahan untuk pinjaman merupakan pendekatan positif khususnya, kepada keluarga penjawat awam.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata ini kerana jika sesebuah keluarga atau ketuanya membawa pulang pendapatan akhir yang kecil, ia pastinya akan menyebabkan perbelanjaan seharian mereka menjadi terhad.
"Perkara tersebut adalah langkah yang baik untuk kebaikan sesebuah keluarga, jika seseorang ketua keluarga mempunyai hutang yang tinggi dan tidak mampu untuk membayar akan memberikan kesan negatif kepada keluarga," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah baharu BNM mengenakan syarat tambahan bagi pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman dalam usaha mengelakkan hutang isi rumah berlebihan serta meningkatkan amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama.
Ali bercakap kepada pemberita selepas Seminar Tahunan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) 'Jom Sihat Puspanita' yang dirasmikan isterinya, Yang Dipertua Puspanita, Puan Sri Rohani Abdullah di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, beliau menyeru penjawat awam supaya terlibat dalam aktiviti kesukanan ringan seperti berjoging atau berjalan demi memastikan stamina serta fizikal yang sihat.
"Kita tahu cara sektor awam bekerja di dalam pejabat dan tidak banyak pergerakan. Oleh itu sekali-sekala perlu kesedaran untuk melakukan aktiviti sukan," katanya.
Ali berkata ketua setiap jabatan juga harus memastikan anak buah mereka menjadikan aktiviti bersukan sebagai rutin harian ditambah lagi dengan terdapatnya gymnasium di beberapa kementerian.
Terdahulu dalam ucapan, Rohani berkata, golongan wanita terutamanya penjawat awam boleh menggunakan perkhidmatan gymnasium setiap hari isnin di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya dengan bayaran RM4 sekali masuk.
"Terdapat tiga waktu operasi iaitu 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 1 petang hingga 2 petang dan 4.30 petang hingga 10 malam dengan dibantu jurulatih dari KBS," katanya.
-- BERNAMA
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.