Yuna Dilantik Duta Saluran TV Amerika Syarikat, Lifetime

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Yuna, Dilantik, Duta, Saluran, TV, Amerika Syarikat, Lifetime


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter:@Stailista
Instagram:Stailista

KUALA LUMPUR, 12 JUN 2013: Penyanyi popular tempatan yang mencipta nama di luar negara , Yuna telah dilantik sebagai duta bagi memperkenalkan saluran TV utama wanita di Amerika Syarikat (AS), Lifetime (Astro saluran 709) yang buat pertama kalinya diperkenalkan di negara ini bermula Jumaat ini.

Majlis pelancaran Lifetime iaitu sebuah saluran yang hanya menyiarkan pelbagai program TV asli lagi terbaik di AS itu telah diadakan di Bangsar Village, di sini semalam.

Pengarah Pemasaran dan Komunikasi AETN All Asia Network, Hazel Yap berkata perlantikan Yuna itu hanya bagi menjayakan kempen pemasaran dan penjenamaan saluran berkenaan di peringkat Malaysia.

"Perlantikan Yuna hanya sebagai menunjukan kepada penonton kami erti sebenar Lifetime dalam kehidupan mereka. Dari situ Yuna berkongsi pandangan dan pendapat sepanjang kempen pemasaran serta penjenamaan saluran ini diadakan.

"Bukan sahaja Yuna malah terdapat beberapa nama penting lain lagi yang menyokong kempen Lifetime di Malaysia. Begitu juga di Singapura, kami ada barisan individu popular yang menyokong kempen ini," katanya kepada portal murai.com.my.

Majlis siding media dan pelancaran saluran Lifetime telah diserikan dengan kehadiran Naib Presiden Kanan, Program dan Pemasaran Asia Pasifik A+E Networks, Michele Schofield dan tidak ketinggalan Naib Presiden Kumpulan Pengurusan Kandungan Astro, Agnes Rozario.

Pada majlis berkenaan, turut ditayangkan rakaman video Yuna yang berceritakan pendapatnya tentang pengisian kehidupan sebenar atau life time dalam inteprestasinya sendiri.

Sesuai dengan tema serta konsep saluran TV Lifetime yang memfokuskan program dari pelbagai aspek gaya hidup, maka beberapa indivudu yang mempunyai kekuatan dalam bidang masing-masing dilantik bagi menjayakan kempen berkenaan.

Mereka adalaha selebriti chef terbaik tempatan, Chef Kamarul; usahawan dan pengasas Nuffnag iaitu rangkaian blogging terbesar negara, Timothy Tiah dan juga pekerja sosial yang juga bekas finalis Miss Malaysia World, N Jecyrina.

Hazel berkata, kesemua individu berkenaan termasuk Yuna akan terlibat dalam memperkenalkan Lifetime menerusi laman facebook khas iaitu Lifetime Malaysia Facebook Page dan tidak ketinggalan aplikasi istimewa One Lifetime.

"Laman Facebook ini ditujukan khas untuk rakyat negara ini yang di dalamnya terkandung pelbagai informasi serta aktiviti saluran Lifietime dan istimewanya kerana ianya dalam Bahasa Malaysia.

"Sementara Yuna akan berkongsi foto-foto menariknya di aplikasi One Lifetime danh dalam masa yang sama terbuka kepada orang ramai untuk melakukan perkara sama bagi memenangi hadiah menarik,"jelasnya panjang lebar.

Sempena pelancaran saluran berkenaan pada 14 Jun ini, pelbagai program menarik telah disusun antaranya filem terhebat lakonan Lindsay Lohan dan Grant Bowler, Liz & Dick serta Ring of Fire yang dibintangi penyanyi /penulis lagu popular AS, Jewel.

Drama diminati ramai The Client List yang dibintangi Jennifer Love Hewitt turut ditayangkan, selain siaran perdama siri pertandingan masakan popular MasterChef Australia musim ke-4 dan tidak ketinggalan rancangan francais popular di AS, Dance Moms.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers