Kesilapan terbesar Enot

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, MasterChef Selebriti 2, MSM2, Kesilapan, Terbesar, Enot


AKMALIAH RAZAK
11 Jun 2013

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, MasterChef Selebriti 2, MSM2, Kesilapan, Terbesar, Enot


SETELAH beberapa kali terselamat daripada disingkir, perjuangan Enot dalam MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2), berakhir Ahad lalu.

Untuk pusingan penyingkiran di episod ke-30, Enot dan tiga rakannya, Che Ta, Michael Ang serta Celina, dikehendaki menyediakan pemanis mulut atau desert menggunakan bahan herba seperti bunga kantan, serai, daun selasih dan daun limau purut.

Namun, hidangan Tiramisu Serai dan Limau Purut Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah, 35, gagal memikat hati juri yang juga chef.

Juri mengatakan bahawa hidangan Enot tidak menunjukkan rasa herba dan hasilnya seolah-olah memberi laluan untuk keluar.

Mengakui kesilapannya dalam menyediakan hidangan itu, Enot berkata, dia sepatutnya menggunakan peluang itu dengan menghasilkan pemanis mulut yang lebih dekat dengannya.

"Memang silap saya kerana memilih tiramisu kerana saya tahu, coklat adalah pembunuh utama dalam rasa. Ketika itu, saya terfikir kenapa saya tidak pilih karamel, kek cawan atau puding?

"Itulah kesilapan terbesar saya. Walaupun saya mahir dalam pembuatan dessert, akhirnya saya tewas dalam menghasilkan hidangan tersebut.

"Sebelum ini, saya pernah buat kek cawan menggunakan serai, namun ia tidak memberikan hasil yang menakjubkan. Mungkin dapur MSM 2, bukan rezeki saya," katanya yang memiliki perniagaan kek secara online.

Dituduh 'mengada-ngada'

Tambah Enot, dia merasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang terlalu senang membuat tanggapan buruk mengenainya dalam menyediakan makanan.

"Saya terbaca blog yang mengatakan, saya adalah satu-satunya wanita gemuk yang tak makan itu, tak makan ini. Saya bukan sengaja tak nak makan atau 'mengada-ngada'.

"Memang inilah saya. Saya memang tak makan banyak benda termasuk burung puyuh, durian, daging korban dan benda-benda yang cantik. Sayur pula, saya hanya makan kangkung dan bayam sahaja.

"Salah ke kalau saya tak makan? Memang sejak azali lagi saya tak makan dan jika saya buka restoran, makanan yang tak akan ada di kedai ialah burung puyuh," katanya yang berjaya menyumbangkan RM7,500 kepada
Pertubuhan Kebajikan Inspirasi Kanak-Kanak.

Ketiadaan Enot menyaksikan tinggal enam peserta yang mara ke cabaran seterusnya iaitu Celina, Syura, Che Ta, Kenchana, Michael Ang dan Syanie.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers