Once Tidak Gusar Single Terbaru Dibayangi Fenomena Dealova

Indonesia, Hiburan, Artis Indonesia, Selebriti, Once, Tidak, Gusar, Single, Terbaru, Dibayangi, Fenomena, Dealova


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 11 JUN 2013: Siapa yang masih ingar dengan lagu hits Dealova yangsatu ketika dahulu pernah melonjakkan nama seorang penyanyi daripada Indonesia bernama Once yang asalnya merupakan ahli kumpulan Dewa.

Walaupun namanya terus disebut-sebut kerana kekuatan lagu Dealova tetapi sebenarnya Once baru kini tampil dengan album solonya yang pertama, 'Once' menampilkan single I Still Love You sebagai taruhan pertamanya. Bagi bekas vokalis kumpulan Dewa ini, walaupun baru tampil dengan album pertama dia lebih mementingkan karya yang dihasilkan.

Malah, kekuatan Dealova yang pernah menjadi satu fenomena tidak menggusarkan Once atau nama sebenarnya, Elfonda Mekel jika mereka lebih mengingati lagu itu berbanding single terbarunya, I Still Love You. Namun, Dealova yang dahulu popular pada tahun 2006 turut dimasukkan ke dalam album solo pertamanya ini.

"Lagu Dealova dihasilkan sebagai single dan tidak pernah dimuatkan kemana-mana album. Jadi walaupun telah lama ia popular jadi ia merupakan lagu saya. Kerana itu saya masukkan sekali lagu ini kedalam album pertama saya.

"Saya tahu lagu tersebut menjadi fenomena dan mendapat perhatian hingga ke Malaysia tetapi saya tidak ada masalah jika orang terus meminati lagu itu berbanding single terbaru saya kerana itu adalah lagu saya juga.

"Lagu-lagu saya lebih banyak pengertiannya dimana saya ingin membawa pendengar melihat manusia daripada sisi lain dan untuk menemukan jawapan bagi setiap persoalan yang mereka sendiri ingin cari jawapannya,"ujar Once ketika ditemui di sidang media pelancaran album dan single terbarunya di Hard Rock Café, Kuala Lumpur, semalam.

Once dikenali dengan vokalnya yang unik dan merupakan kelainan yang membuatkan suaranya sering melekat dalam ingatan. Untuk album terbaru ini, Once tampil dengan 10 lagu dan ini merupakan album solonya yang pertama sejak mula bergerak solo setelah meninggalkan kumpulan Dewa.

Enam daripada lagu yang dimmuatkan ini adalah hasil ciptaan terbaru daripada Once sendiri manakala empat lagi adalah single yang pernah melonjakkan karier solo penyanyi daripada Indonesia ini antaranya Dealova.




Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers