Guna Robot Sebenar, Planet Kiara Musim 2 Cecah Kos 3 Juta

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Filem, Drama, Guna, Robot, Sebenar, Planet Kiara, Musim 2, Cecah, Kos, RM, 3, Juta, Robot PSN1,


KUALA LUMPUR, 12 JUN 2013: Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan menerusi tayangan musim pertama yang lalu, drama bersiri Planet Kiara diteruskan untuk musim ke 2 bermula 12 Jun ini pada setiap hari Selasa hingga Khamis jam 6.30 petang di TV3.

Penerbitnya yang juga pengarah kreatif Blue Nagas Productions, Amy Mazurah mendedahkan Robot PSN1 yang digunakan di dalam Planet Kiara musim lalu serta akan datang adalah robot sebenar yang diimport khas daripada Perancis bernilai RM300,000.

Malah, untuk musim baru ini, Amy Mazurah memberitahu jumlah kos keseluruhan mencecah RM3 Juta.

"Sebenarnya ramai tak tahu yang sebenarnya Robot PSN1 itu merupakan robot sebenar yang kami tempah khas daripada Perancis. Robot ini telah diprogram khas untuk drama bersiri ini.

"Robot berkenaan menggunakan teknologi nuance untuk pengenalan suara dan sistem pemprosesan chip atom dengan kalajuan 1.5Ghz. Kami membelanjakan RM300, 000 untuk membeli robot yang diimport daripada Perancis ini kerana kami rasakan ianya sangat sesuai untuk drama ini selain bentuknya seperti orang dan mempunyai jari di tangan.

"Jadi untuk musim kedua ini sebenarnya kami sudah melabur hampir RM3 Juta dan sebenarnya ada lagi kos yang masih berjalan. Selain robot, kos-kos tersebut melibatkan pelakon, promosi, produksi dan sebagainya," katanya kepada sidang media Planet Kirara musim kedua di Pusat Sains Negara, petang semalam.

Robot humanoid yang pertama di Malaysia itu adalah berbentuk seperti manusia daripada Perancis dicipta khas untuk Planet Kiara.

Menggunakan pendekatan teknologi sains dalam menyelesaikan masalah harian didalam drama ini, pihak produksi telah menggunakan khidmat nasihat sepenuhnya dari panel khas Pusat Sains Negara dan professor terpilih sebagai rujukan bagi kesahihan kes-kes sains di dalam setiap episode yang diaplikasikan di dalam setiap episode.

"Berbanding siri pertama, musim kedua ini kami menggunakan kes-kes sains yang lebih berguna pada stiap episod untuk memberi pelajaran kepada kanak-kanak yang menonton. Contohnya kami mengajar bagaimana hendak membuang kotoran di karpet iaitu dengan menuangkan cuka dan garam ke atas permukaannya.

"Kajian sains yang disediakan oleh pihak Pusat Sains Negara itu telah diolah supaya ianya sesuai untuk digarapkan dalam bentuk drama oleh pengarahnya Bade Hj Azmi," jelas May Mazurah lagi.

Selain menampilkan robot PSN1, drama bersiri 26 episod ini membariskan pelakon-pelakon seperti Datuk Jalalludin Hassan, Faradhiya, Sharifah Sakinah, Firdaus Ghufran, Heela Monica dan ramai lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers