WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Jun 2013
SETELAH pelbagai spekulasi timbul mengenai isu isterinya, Diana Danielle yang dikatakan sudah selamat bersalin, pelakon filem Farid Kamil akhirnya tampil dengan menafikan segala dakwaan tersebut.
Dalam sebuah video berdurasi 36 saat di Keek hari ini, Farid Kamil berkata yang Diana Danielle kini sedang menjalani proses matang kandungan di Australia dan dijangka bersalin pada 15 Julai akan datang.
“Diana kini sedang menjalani proses matang kandungan di sana. Dia dijangka lahir pada bulan tujuh (Julai) — Insya-ALLAH, 15 hari bulan.
"Apa pun, terima kasih atas semua sokongan dan doa yang diberikan kepada saya, 'in advance'," katanya.
Semalam, Farid Kamil mencuri tumpuan selepas memuat naik gambar dirinya mencium seorang bayi di laman sosial, Instagram.
Pelbagai spekulasi timbul dengan mengaitkan bayi tersebut sebagai anak Farid dengan isterinya, Diana Danielle.
Sebelum Farid Kamil, adik kepada pelakon itu Fadzil turut menafikan dakwaan itu.
Dipetik dari laporan Berita Harian hari ini, Fadzil memberitahu bahawa bayi berkenaan merupakan anak saudara mereka bernama Aidid Abdyllah Anis yang baru lahir 11 Mei lalu.
“Itu bukan anak Farid tetapi anak saudara kami. Anak adik kami, Dr Anis Anwar Zahari.
“Dakwaan yang mengatakan Diana sudah bersalin itu tidak benar kerana masih belum masanya lagi,” katanya.
Perkara sama dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif MIG Talent, Mejar David Teo.
“Saya mengesahkan bayi dalam gambar itu bukan anak Farid. Tiga hari lalu saya melawat Farid di kediamannya ekoran kemalangan yang dia alami sebelum ini.
"Dalam pertemuan itu, saya bertanya sama ada isterinya mahu bersalin di Malaysia atau Australia dan dia maklumkan bahawa Diana bakal bersalin di sana,” katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.