Kejutan BMB, Siapa layak ke pusingan akhir?

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Kejutan, BMB, Siapa, Layak, Ke, Pusingan, Akhir, Bintang Mencari Bintang, Titan, Bocik, Bowl, Tapaw dan Achey
Persembahan Bowl.

NOR ATIEYAH YUSOFF
11 Jun 2013

LIMA peserta yang berjaya ke peringkat separuh akhir iaitu Titan, Bocik, Bowl, Tapaw dan Achey terselamat apabila  tiada penyingkiran dilakukan pada di saat akhir pengumuman markah, kelmarin.

Hanya markah juara mingguan bagi konsert separuh akhir kedua diumumkan iaitu Bocik sebanyak 68 sementara empat lagi peserta tidak diumumkan. Markah kesemua peserta akan dibawa ke minggu depan untuk memilih mereka benar-benar layak ke pusingan akhir BMB.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Kejutan, BMB, Siapa, Layak, Ke, Pusingan, Akhir, Bintang Mencari Bintang, Titan, Bocik, Bowl, Tapaw dan Achey
Persembahan Tapaw.


Afdlin tertekan?

Nampaknya kedua anak didik Afdlin Shauki iaitu Bocik dan Bowl berterusan memberikan persembahan yang menarik dan kreatif sehingga dipuji juri profesional iaitu Fauziah Ahmad Daud dan AR Badul.

Dalam setiap minggu, Bocik sentiasa menunjukkan kemajuan dalam sketsa mereka dan tidak pernah menghampakan penyokong dengan lawak yang menghiburkan. Bagi AR Badul, kumpulan Bocik ada pakej tersendiri yang mampu melayakkan mereka melangkah ke peringkat akhir nanti.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Kejutan, BMB, Siapa, Layak, Ke, Pusingan, Akhir, Bintang Mencari Bintang, Titan, Bocik, Bowl, Tapaw dan Achey
Persembahan Titan.


“Kalau ada sesiapa yang mengatakan Bocik tidak layak ke final, maka orang tersebut gila. Mereka ada pakej jadi saya sokong mereka,” katanya.

Fauziah atau Ogy pula berpendapat bahawa persembahan mereka lebih baik dari minggu lepas dan sentiasa menunjukkan peningkatan setiap minggu.

Kumpulan Bowl juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menunjukkan peningkatan yang semakin baik. Dari tangga tercorot, Bowl mampu bertahan hingga ke hari ini.

Sementara Afdlin Shauki, mengakui agak tertekan namun dia menganggapnya sebagai satu cabaran.

Afdlin berkata, perkara paling penting adalah supaya anak didiknya dapat melakukan yang terbaik untuk menarik perharian penonton dan juri.

"Saya mahu mereka buat persembahan lebih lawak setiap minggu. Itu harapan saya. Saya berterima kasih kepada juri yang sering memberi panduan kepada kami.

“Setiap kelemahan dan kekurangan mereka dapat diperbaiki melalui komen dan kritikan daripada juri,” ujarnya.

Achey hilang taring

Jika sebelum ini persembahan Achey antara yang dinantikan dalam BMB, namun sejak akhir-akhir ini lawak anak didik Harun Salim Bachik dikatakan hambar. Mengetengahkan konsep pesakit mental yang lari daripada pusat rawatan ke tempat pembuangan sampah, nyata idea Achey sangat menarik.

Namun, penyampaian Achey agak celaru menyebabkan lawaknya kurang menjadi dan menerima pelbagai kritikan daripada juri. Bagi Ogy, persembahan malam tersebut menonjolkan sisi berbeza Achey dan dia layak bergelar pelakon.

“Saya lihat persembahan malam ini seperti ada sesuatu yang hilang. Saya mahu Achey mencari semula identitinya dan cuba melihat persembahan yang lalu agar dapat meneliti kelemahan yang ada," kata Ogy.

Sementara itu, AR Badul menyifatkan persembahan Achey berlainan daripada minggu lepas dan perbezaan itu sangat ketara.

“Kejayaan Achey sehingga dapat ke pusingan seterusnya adalah usaha sendiri yang tidak pernah berputus asa. Walaupun dia berjaya membuatkan penonton ketawa tetapi masih ada kelemahan yang perlu diteliti,” katanya.

Sementara itu, Harun berkata dia masih berbangga dengan pencapaian Achey pada malam itu walaupun menerima banyak komen pedas daripada juri.

Beri lebih peluang

Menurut Penerbit Eksekutif BMB, Muhamad Sufian Isa berkata, sepatutnya terdapat satu penyingkiran pada minggu ini seperti yang dijadualkan setiap konsert.

“Namun  tiada penyingkiran dibuat pada konsert separuh akhir kedua kerana semua anak didik mempunyai peluang yang sama rata untuk mara ke peringkat separuh akhir ketiga.

“Setelah berbincang dengan pihak juri, kami membuat keputusan untuk mengumpul markah setiap anak didik pada konsert separuh akhir kedua ini dan ketiga.

Katanya, tiga peserta yang berjaya mengumpul markah tertinggi sahaja yang akan layak mara ke peringkat akhir.

Di samping itu, katanya ia juga merupakan peluang buat anak didik untuk menyerlahkan lagi bakat masing-masing dalam mengejar impian mereka.

Peserta akan bersaing selama 4 minggu dalam pusingan pertama mengikut kumpulan masing-masing. Hanya tiga peserta yang mendapat markah terendah dari setiap kumpulan akan disingkirkan.

Manakala enam peserta yang berjaya ke pusingan seterusnya kemudian akan berentap di pusingan kedua, separuh akhir dan konsert akhir untuk merangkul gelaran juara serta membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers