Aktor Razali Hussein Juga Selamat Bernikah 7 Jun Lalu

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Aktor, Pelakon, Razali Hussein, Juga< Selamat, Bernikah, 7 Jun, Lalu


KUALA LUMPUR, 11 JUN 2013: Tarikh Jumaat lalu iaitu 7 Jun 2013 nyata menjadi pilihan beberapa orang selebriti terkenal tanahair untuk mereka diijabkabulkan.

Terbaru, selain penyampai radio Zahid dan aktor Beego, seorang lagi aktor yang mengikat tali pernikahan pada hari tersebut ialah pelakon Razali Hussain yang mengesahkan dia selamat bernikah dengan seorang wanita bernama Nik Nor Azlina, 29, pada Jumaat lalu di Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, Cheras.

Menerusi laporan mStar Online, Razali, 37, berkata, dengan sekali lafaz, dia sah bergelar suami kepada seorang guru dengan mas kahwin berjumlah RM120 manakala wang hantaran pula sebanyak RM13,000.

Majlis resepsi sebelah perempuan telah selamat berlangsung pada Sabtu lalu di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan manakala resepsi sebelah lelaki akan diadakan di Pulau Pinang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Razali dalam kenyataannya kepada mStar berkata dia berharap agar mana-mana pihak yang tidak dijemput ke majlis pernikahan itu agar tidak berkecil hati memandangkan keluarga kedua-dua belah pihak inginkan sebuah majlis yang sederhana dengan kehadiran saudara-mara sahaja.

Ditanya apakah perasaannya selepas bergelar suami, Razali berkata, dia bersyukur kerana akhirnya menemui jodoh pada usia yang agak lewat, namun dia gembira dipertemukan dengan seorang isteri yang cukup memahami.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers