Shasha tak takut bersaing

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia. Selebriti, Shasha, Tak, Takut, Bersaing, Sharifah Zakiah Syed Hashim Al Khred

NOR RAIDAH AWANG
19 Jun 2013

SIAPA sangka perjalanan bakat baru, Sharifah Zakiah Syed Hashim Al Khred, 24, yang lebih selesa dipanggil Shasha yang kini semakin bersinar dalam dunia seni hiburan.

Bakat anak muda ini mula dicungkil setelah menyertai Pentas akhir Pilih Kasih musim kedua pada 2010 telah mendapat perhatian ramai.

Dari situ jugalah bakat yang ada dalam dirinya mula dinilai dan kini dilamar menjadi pengacara dan juga pelakon.

Menurut Shasha, pada awalnya dia tidak pernah menyangka akan menceburi bidang ini secara serius memandangkan minat lebih kepada bidang lakonan.

"Semasa belajar saya mengambil Jurusan Seni Lakonan dan Teater di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan boleh dikatakan saya agak aktif dalam lakonan teater. Atas semangat dan galakkan teman rapat dan keluarga juga saya memberanikan diri untuk menceburi bidang lakonan.

"Dilahirkan dalam keluarga berdarah seni membuatkan diri saya sedikit sebanyak membantu saya untuk bergerak aktif dalam lakonan dan juga pengacara," katanya.

Tambah Shasha, dia kini sedang sibuk menjalankan penggambaran drama di bawah arahan  Aziz M Osman yang bakal ditayangkan pada bulan puasa nanti.

"Alhamdulillah, selama penglibatan saya dalam dunia seni banyak memberi menambahkan ilmu tentang lakonan.

"Walaupun saya masih baru dalam bidang ini, sedikit sebanyak ia dapat membantu saya untuk terus mara dengan karier yang diceburi," katanya.

Kejar glamor?

Menyentuh mengenai persaingan yang wujud dalam industri yang sering dibanjiri dengan bakat baru, Shasha memberitahu, dia akan sentiasa memberi kelainan untuk memajukan dirinya dalam bidang seni hiburan.

Bagaimanapun, Shasha berpendapat persaingan bukanlah penghalang untuknya meneruskan minat dalam bidang lakonan.

"Penglibatan saya dalam industri seni ini bukan untuk mencari populariti, sebaliknya saya inginkan pengalaman lebih mendalam dalam dunia lakonan.

"Tertariknya dalam bidang lakonan ini, kita dapat memperbanyakkan pelbagai watak, kita boleh jadi pensyarah, doktor dan sebagainya," katanya.

Shasha berkata, dia ingin menjadi pelakon serba boleh bukan hanya dalam bidang pengacara dan lakonan, malah dalam bidang nyanyian.

Ditanya mengenai impian yang diinginkan, Shasha berkata, jika diberi peluang, dia ingin berlakon filem bagi mengasah bakatnya untuk terus maju dalam bidang ini.

Bakal jadi DJ

Bercerita mengenai perancangan terbaru selain memberi fokus terhadap pengacara dan juga lakonan, Shasha juga telah dilamar menjadi penyampai radio di salah sebuah stesen terkenal.

Shasha berkata, setakat ini dia tidak dapat memberitahu stesen mana atas sebab tertentu.

"Sekarang ini saya masih diberi latihan selama sebulan untuk menjadi penyampai radio sebelum diberikan tugasan yang sepatutnya

"Jadual masa juga harian juga terlalu sibuk, jadi saya kena bahagikan masa agar ianya tidak terganggu," katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers