Sharnaaz Ahmad Terharu Dilayan Seperti Anak Raja di Singapura

Malaysia, Hiburan, Gossip, Berita, Artis Malaysia, Selebriti, Sharnaaz Ahmad, Terharu, Dilayan, Seperti, Anak, Raja, Di, Singapura


Kredit foto Faisol Mustafa

Ketika dirisik oleh sebuah produksi dari Singapura, Flipside Production, kira-kira setahun yang lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad pada mulanya menggangap ianya tidak serius, jauh sekali berfikir yang dia berpeluang bekerja dengan produksi di sana. Namun ternyata tawaran tersebut bukan main-main. Dan baru-baru ini, dia baru saja selesai menjalani penggambaran sebuah drama khas hari sempena Aidilfitri berjudul Cinta Ramadan, terbitan produksi berkenaan.

"Pihak produksi tersebut menghantar mesej kepada saya menerusi Facebook, kira-kira setahun yang lalu. Masa itu mereka kata nak booking saya daripada 10hb Jun hingga 17hb Jun 2013. Saya pun pelik juga pada mulanya sebab jadual yang mereka bagi nak shooting tu, lama lagi. Saya fikir, mungkin akan ada pertukaran dan sebagainya.

"Tapi masa awal Januari 2013, mereka dah ingatkan saya tentang penggambaran tu dan saya mula shooting sama dengan tarikh yang mereka bagi sebelum ini. Dan mereka dah siap-ipa tempahkan tiket kapal terbang untuk saya. Itu yang buat saya kagum dengan mereka", katanya kepada Malaysian Digest.com

Pertama kali menimba pengalaman bekerja dengan produksi luar negara, kata Sharnaaz dari segi cara produksi tidak jauh berbeza tetapi apa yang membuatkan dia cukup kagum adalah layanan yang diberikan kepada dirinya sepanjang tujuh hari menjalani penggambaran di sana.

"Sepanjang penggambaran di sana saya dapat satu pengalaman yang berbeza. Saya sangat terharu apabila di sana, saya dilayan dengan cukup baik oleh seluruh kru produksi. Daripada hari pertama saya dijemput sebaik tiba di lapangan terbang. Kemudian mereka tempatkan saya di hotel mewah.

"Di lokasi, mereka sangat menjaga kebajikan saya sampailah selesai shooting. Pendek kata saya dilayan macam Superstar lah. Rasa macam anak raja pun, ya. Walaupun hari-hari saya cakap terima kasih tetap rasa tak mencukupi untuk tunjukkan rasa perhargaan saya pada mereka", katanya yang pertama kali berlakon dengan produksi luar.

Bahkan Sharnaaz turut mengagumi dua pelakon Singapura, Nurul Nabila dan Fir Rahman yang turut menjayakan drama yang bakal bersiaran pada malam raya nanti, di saluran Suria TV.

"Pelakon-pelakon di sana juga hebat. Lakonan Nabila dan Fir sangat bagus. Terus terang saya katakan, lakonan mereka sangat baik daripada kebanyakan pelakon-pelakon kita. Tak hairanlah kenapa bila pelakon Singapura datang dan berlakon Malaysia, mereka sangat diterima ramai walaupun ada sesetengah pihak tak senang dengan kehadiran mereka", katanya.

Perkembangan lain, Sharnaaz ini sedang sibuk di lokasi penggambaran filem Sindiket arahan Bade Hj, Azmi. Filem yang menelan kos sebanyak RM3 juta itu kini sedang menjalani penggambaran di Sabah.


-mD

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers