Shahrizal Jaszle dan Redzwani Putri. |
PETALING JAYA: Sama ada pertunangan di antara pelakon Shahrizal Jaszle, 25, dengan Redzwani Putri, 25, akan diteruskan atau tidak bergantung kepada keputusan khalwat yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah pada November depan.
Ibu merangkap pengurus kepada pelakon lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Zaleha, 68, berkata, setakat ini pertunangan anaknya dengan Redzwani Putri masih belum putus.
Zaleha juga menepis laporan sebuah akhbar pada Khamis kononnya hubungan kedua-dua pasangan itu sudah berakhir adalah tidak benar.
"Shah dan Redzwani masih lagi dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal.
"Keluarga kedua-dua pihak memang ada berbincang mengenai kemelut yang terjadi tetapi pihak lelaki belum memulangkan cincin pertunangan sebagaimana yang dilaporkan.
“Kedua-dua belah pihak juga sudah bersepakat untuk menentukan keputusan pertunangan mereka sama ada hendak diputuskan atau tidak selepas kes selesai," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Zaleha diminta mengulas laporan akhbar pada Khamis kononnya hubungan Shahrizal Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin dengan Redzwani Puteri sudah diputuskan pada 10 Jun lalu.
Ia berikutan kes penangkapan khalwat Shahrizal dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Nurizzati Salleh, 21, oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Apartmen Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi, 16 Mei lalu.
Terdahulu dalam rancangan Melodi di TV3 Ahad lalu, Farah Nurizzati mendakwa penangkapan khalwat itu bukanlah satu perangkap manakala dia dan Shahrizal mempunyai hubungan istimewa.
Dalam pada itu Zaleha berkata, terpulanglah kepada masyarakat untuk mempercayai kenyataannya atau tidak tetapi apa yang penting pertunangan anaknya dengan Redzwani masih kekal seperti dahulu.
"Saya tidak mahu fikir apa yang orang lain fikir, tetapi saya bangga dengan sikap Redzwani yang sentiasa berada di sisi anak saya ketika kontroversi ini berlaku selain dia turut memberi sokongan moral kepada Shahrizal," katanya.
Sementara itu Zaleha berkata dalam satu pertemuan yang melibatkan Shahrizal, Redzwani dan Farah Nurizzati pada Rabu, ketiga-tiga pihak telah mencapai persetujuan dan kata sepakat.
Ujarnya, dalam perjumpaan itu Shahrizal memutuskan untuk tidak mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan Farah Nurizzati.
"Saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak ketiga tampil untuk buat kenyataan yang merumitkan keadaan kerana ia secara tidak langsung mengaibkan diri sendiri dan keluarga masing-masing," jelasnya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.