Monsters University selit unsur komedi

Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, Hollywood, Animasi, Monsters University, Selit, Unsur, Komedi


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Jun 2013

FILEM yang merupakan sekuel Monster Inc ini pastinya dinantikan peminat filem animasi itu.

Menurut pengarahnya Dan Scanlon, ia dihasilkan kerana pelbagai idea mengenai karakter 'Monster' timbul di fikirannya.

Bagaimanapun, filem ini pastinya lebih menarik kerana pelbagai watak 'Monster' diwujudkan demi memberi kelainan.

"Kami sangat teruja untuk membikin filem ini, bukan kerana sambutan hebat untuk sekuel pertama tetapi kali ini kami menonjolkan watak yang lebih unik dan menarik.

"Selain itu, terdapat mesej yang hendak disampaikan seperti hubungan antara mereka," katanya menyelitkan unsur komedi dan pengembaraan bagi filem animasi ini.

Bercerita lanjut mengenai Monsters University, kata Scanlon, dia mempunyai sebab mengapa mengambil universiti atau kolej sebagai latar belakangnya.

"Awalnya memang saya membayangkan kewujudan sebuah kolej yang mempunyai pelajar terdiri dari 'Monster' dan ini sungguh hebat.

"Jadi di sinilah saya perlu mainkan peranan mewarnai plotnya dengan pelbagai jenaka, kisah sesama mereka serta sesuatu yang boleh menyentuh emosi.

"Pun begitu, ia perlu nampak nyata untuk menceritakan semua ini kepada penonton," katanya menggunakan suara bintang popular Hollywood seperti Billy Crystal, John Goodman, Steve Buscemi, Helen Mirren, John Krasinski, Nathan Fillion, Charlie Day dan ramai lagi untuk watak yang dicipta.

Berkongsi mengenai watak dalam filem ini, kata Scanlon, dia sangat mengagumi semuanya.

"Saya sayang semua watak-watak ini dan saya harap penonton juga akan jatuh cinta dengan mereka," katanya ia akan ditayangkan dalam versi 2D dan 3D.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers