Sandra Bullock pelopori arena seni Hollywood

Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, Sandra Bullock, Pelopori, Arena, Seni, Hollywood


MARINA SAHABUDIN
15 Jun 2013

PERJALANAN wanita berusia 48 tahun ini selama 28 tahun dalam bidang lakonan berjaya meletakkan dirinya antara aktres tersohor di persada seni Hollywood.

Dilahirkan di Arlington, Virginia, kariernya bermula sewaktu berusia 21 tahun lagi.

Demi minat mendalam, dia telah mengambil kelas lakonan bersama cikgu lakonan dan aktor terkenal, Sanford Meisner untuk memantapkan lagi bakatnya dalam bidang ini.

Ketika itu, dia mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan menerusi pelbagai filem pendek arahan pelajar di sekolahnya dan dilamar sebuah produksi broadway untuk muncul dalam pementasan mereka iaitu No Time Flat.



Kerana kagum terhadap lakonannya, pengarah Alan J Levi telah melamarnya untuk muncul dalam drama bersiri popular The Six Million Dollar Man dan The Bionic Woman sekitar 1989.

Menariknya, meskipun pertama kali muncul di kaca televisyen, aktres mempunyai senyuman cantik ini, mendapat pujian ramai kerana keberkesanan peranan yang dimainkan.

Kemudian, dia mula muncul menerusi pelbagai drama siri seperti Working Girl.

Tidak perlu menunggu lama, namanya mula meniti di bibir penggiat seni dan pengarah Hollywood sehingga menjadi rebutan.

Antara filem yang berjaya melonjakkan namanya adalah seperti Love Potion No 9, The Thing Called Love dan Fire On The Amazon.

Selepas itu, pemilik nama Sandra Annette Bullock atau nama layarnya Sandra Bullock ini menemui zaman kegemilangannya apabila satu demi satu tawaran diterima bagi menjadi teraju utama.

Selain terkenal dengan filem Speed, dia juga sangat dikenali dalam filem While You Were Sleeping, A Time to Kill, Speed 2: Cruise Control dan 28 Days.

FBI, Ratu Cantik

Meskipun pelbagai filem lakonan hebatnya menjadikan pelakon The Proposal ini bintang di Hollywood, namun pasti peminat tidak melupakan lakonannya sebagai Gracie Hart iaitu seorang FBI yang ditugaskan menjadi ratu cantik semata-mata untuk menjalankan sebuah siasatan.

Menariknya dalam filem berjudul Miss Congeniality ini, dia terpaksa memainkan dua identiti iaitu seorang polis yang tegas dan ratu cantik yang menawan.

Masih terbayang setiap keletahnya dalam filem ini, pelbagai peristiwa lucu dan mencuit hati berlaku terhadapnya.

Sedikit mengenai lakonan Bullock, yang nyata ia telah menyentuh hati pengkritik filem Hollywood.

Kata mereka, dia berjaya membawa dua peranan dengan baik dalam masa yang sama.

"Sekejap sahaja dia menjadi seorang yang berbeza, tiba-tiba dia garang dan tegas, tetapi selepas itu dia menjadi seorang yang sangat mempesonakan," kata mereka.

Kesan lakonannya juga, filem ini telah mendapat kutipan tertinggi sepanjang ia ditayangkan.

Kerana itu, bagi sekuelnya, Miss Congeniality 2: Armed And Fabulous, aktres yang mendapat bayaran tertinggi di negara Hollywood ini terus diberi kepercayaan menjadi Gracie Hart.

Kembali dengan The Heat

Setelah setahun menyepikan diri dan hanya muncul menerusi filem terakhirnya iaitu Extremely Loud & Incredibly Close, kini pemilik anugerah Saturn bagi kategori Aktres Terbaik ini bakal mengubati kerinduan peminatnya.

Terbaru, dia bakal bergandingan bersama Melissa McCarthy bagi filem The Heat.

Bakal disiarkan bermula 27 Jun ini di pawagam seluruh Malaysia, The Heat memerlukan Bullock menjadi ejen khas, Sarah Ashburn.

Berkongsi wataknya dalam filem ini, Bullock berkata, dia sebenarnya teruja apabila dapat bergandingan bersama McCarthy.

Akuinya, keserasian antara mereka tercipta sebaik sahaja berada di set penggambaran.

"Tidak sukar bekerja dengannya kerana dia pelakon yang hebat, lagipun kami sudah ada banyak pengalaman memainkan peranan sebegini," katanya.

Tambah Bullock, menjadi pelakon filem ini juga satu pengalaman hebat kepadanya.

"Dalam usia ini mereka masih percaya kepada saya untuk menjadi teraju utama. Sudah tentu saya berikan yang terbaik buat mereka," katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers