Perang Zombie

Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, Max Brooks, World War Z, Mare Foster, Perang Zombie


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Jun 2013

FILEM yang menelan belanja sekitar RM391 juta bagi kos pembikinannya ini diadaptasi dari sebuah novel seram hasil penulisan Max Brooks.

Menggunakan judul sama, World War Z, filem sentuhan pengarah Marc Foster ini mengangkat elemen Zombie bagi plotnya.

Menurut Foster, karya terbarunya ini amat rumit untuk dihasilkan kerana dia mahu kelainan ditonjolkan berbeza dengan mana-mana filem Zombie yang pernah ditayangkan.

"Kami telah merombak skrip beberapa kali dan terpaksa melakukan penggambaran semula bagi beberapa babak untuk memastikannya lebih mantap.

"Misalnya, bagi pengakhiran cerita, kami menjadikannya lebih baik sehingga semua berpuas hati dengan keputusan ini," katanya filem ini perlu nampak realistik di mata penonton.

Dalam pada itu filem ini turut mengetengahkan aktor hebat Hollywood iaitu Brad Pitt sebagai teraju utamanya.

Mengulas mengenai Pitt, ujar Foster pada dasarnya, karakter Pitt adalah sebagai pekerja PBB dan sudah menjadi kepakarannya berhadapan dengan krisis global di merata tempat.

"Saya fikir di sinilah kesempatan untuknya menonjolkan peranan yang dipegang dengan menjadi seorang yang tepat dalam membantu menyelesaikan masalah yang diangkat dalam filem ini.

"Lagipun, tidak sukar bekerjasama dengan pelakon berbakat sepertinya, lakonannya sentiasa hidup dan menjadi," katanya.

Selain Pitt, filem yang mengangkat genre seram ini turut dibintangi Mireille Enos, James Badge Dale dan Lucy Aharish.

Sedikit tentang World War Z, ia berkisarkan seorang wakil U.N., Gerry Lane, yang mengembara seluruh dunia untuk menemu bual mangsa serangan Zombie.

Temu bual ini memberi gambaran tentang perang satu dekad dengan Zombie dari pandangan pelbagai masyarakat.

Sehingga dunia telah berubah dari segi agama, geopolitik dan alam sekitar.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers