Hubungan berakhir?

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Nabila Huda, DJ, Nas T, Hubungan, Berakhir


AKMALIAH RAZAK
16 Jun 2013

HUBUNGAN cinta antara pelakon popular, Nabila Huda dengan pelakon serta DJ, Nas T, bukan lagi rahsia.

Sebelum ini, mereka pernah mengakui hubungan yang berteraskan sahabat itu mula memasuki fasa yang seterusnya dan mereka bahagia dalam melayari kehidupan sebagai pasangan kekasih.

Pun begitu, dalam usaha membawa hubungan itu ke tahap yang lebih serius, kenyataan Nabila atau lebih mesra disapa Abil di laman mikro Twitternya, baru-baru ini menimbulkan pelbagai bentuk spekulasi daripada peminat dan masyarakat.

Beberapa hari lalu, Abil mengepilkan sekeping gambar mereka bersama dengan luahan perasaannya dalam nada kecewa dan sedih apabila hubungan cinta itu gagal diteruskan.

Malah Abil berpendapat, hubungan cinta yang dibina lebih dua bulan lalu itu tidak akan menjejaskan persahabatan yang terjalin sebelum ini.

Enggan menjelaskan punca keretakan hubungan itu, anak penyanyi rock terkenal, Amy Search ini menganggap ianya terlalu peribadi untuk dikongsi bersama.

“Sebenarnya, tak ada apa-apa yang berlaku antara kami. Saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana.

“Kami masih lagi seperti biasa dan ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan secara umum. Mungkin juga kerana saya rindukan dia kerana kami masing-masing sibuk.

“Saya juga rindukan hubungan persahabatan di satu ketika dahulu. Ianya sangat indah dan bila kami mula bercinta, ianya nampak sedikit pelik.

Mungkin kami lebih sesuai sebagai kawan,” katanya yang kini sedang menjalani drama, Sangkar untuk TV9.

Masih boleh keluar bersama

Menurut pelakon drama popular, Teduhan Kasih ini, sekiranya hubungan itu tidak dapat diteruskan lagi, dia masih memerlukan Nas T sebagai seorang sahabat baik seperti dahulu.

Sebelum ini, mereka pernah memberitahu bahawa hubungan persahabatan mereka bermula sejak di bangku sekolah lagi.
Ketika itu, masing-masing berada di sekolah menengah di Subang Jaya.

“Kami berkawan memang dah lama, Namun, apabila hubungan ini memasuki fasa cinta, saya rasa macam pelik.

“Jika hubungan kami selepas ini bukan lagi pasangan bercinta, kami akan tetap berkawan macam dulu.

“Dan jangan terkejut sekiranya kami masih boleh keluar dan makan bersama selepas ini,” katanya yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan pelakon, Johan As'ari.

Nas T sayang Abil

Mengakui luahan Abil sebelum ini dipengaruhi emosi, pelakon filem Kami ini menafikan hubungan mereka telah berakhir.

Menurut Nas T, mereka juga tidak terlepas daripada bertikam lidah dan bergaduh biasa seperti pasangan kekasih yang lain.

Namun, hubungan itu masih berlangsung seperti biasa dan dia masih menyayangi kekasih hatinya itu.

“Saya masih sayangkan dia dan kalau boleh, tidak mahu hubungan ini berakhir begitu sahaja kerana perkara-perkara yang remeh.

“Saya akui, kami masing-masing sibuk dan jarang berjumpa. Saya sangat memahami perasaannya yang merindui detik-detik bersama.

“Mungkin selepas ini, bila keadaan dah kembali reda, kami akan berbincang mengenai perkara ini,” katanya yang kini sedang menjalani penggambaran telefilem, Anak Imam Argentina.

Comments

  1. Assalammualaikum...is,

    is x masukkan pun mselim3 dalam backlink is ....

    mselim3 dah masukkan is dalam bloglist....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, Ya mselim3, is dah letakdah backlink mselim3 dalam bloglist is, terima kasih sebab sudi trade dengan is yea?

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers