Pengarah, pelakon Manivannan meninggal

India, Hiburan, Artis India, Bollywood, Selebriti, Pengarah, pelakon Manivannan, meninggal, Amaidhi Padai


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Jun 2013

PENGARAH, penulis skrip dan pelakon Tamil terkenal, R. Manivannan, 58, meninggal dunia hari ini kerana serangan jantung.

Menurut rakan keluarga mendiang, Manivannan meninggal dunia di kediamannya di Nesapakkam.

Mendiang meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

"Saya tidak boleh percaya dia tidak ada lagi. Dia betul-betul kelihatan sihat apabila saya bertemunya baru-baru ini semasa pelancaran filem arahanya," kata rakan itu yang dipetik dari The New Indian Press.

Baru-baru ini, Manivannan telah melancarkan filem arahannya yang ke-50. Filem itu berkisar mengenai sindiran politik di India berjudul "Nagaraja Cholan MA, MLA", namun kurang mendapat sambutan.

Filem berkenaan merupakan sekuel filemnya terdahulu yang sangat berjaya, "Amaidhi Padai".

Pelakon Siddharth yang dipetik dari media sosial Twitternya berkata, beliau meminta peminat mendiang berkabung di atas pemergian seniman berbakat itu.

"Tuan Manivannan sudah tidak ada lagi. Banyak ‘kehidupan’ di pawagam yang ada pada hari ini adalah kerana dia. Penulis, pengarah, pelakon ... kamu pergi terlalu cepat," katanya.

Bagi peminat filem Tamil, watak yang dilakonkan oleh Manivannan berjaya memenangi hati berjuta-juta orang.

Mendiang sering membawa watak sebagai bapa ataupun bapa saudara kepada hero filem dalam kebanyakan filem seperti filem "Mudhalvan", "Sangamam" dan "Ullathai Allitha".

Ikon filem Tamil ini juga telah berlakon lebih 400 filem Tamil.

Filem lain yang diarahkannya termasuklah "Pudhu Manithan", "Chinna Thambi Periya Thambi" dan "Jalli Kattu".

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers