Zivilia Kagumi Najwa Latiff, Rancang Kolaborasi


Zivilia, Kagumi, Najwa Latiff, Rancang, Kolaborasi, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 20 FEBRUARI 2013: Melihat kepada penerimaan masyarakat tempatan dengan single pertama band dari seberang, Zivilia yang popular dengan lagu Aishiteru kini merangka pelbagai rencana untuk meluaskan empayar muzik mereka ke sini.

Single Aishiteru yang mula mendapat tempat dihati pendengar muzik di Indonesia malah Malaysia sejak 2010 lagi telah membuatkan mereka kekal menggunakan nama Aishiteru untuk single seterusnya iaitu Aishiteru2 dan Aishiteru 3.

Selain daripada rangka promosi juga persembahan di Malaysia, Zivilia yang dianggotai oleh Zulkifli, Idham Akbar dan Obot ini akan bertemu dengan pihak Najwa Latiff untuk berkolaborasi. Menurut Zulkifly selaku vokalis, Najwa antara penyanyi perempuan yang dapat membawakan lagu Aishiteru dengan begitu baik.

"Kami memang berminat untuk meluaskan lagi muzik kami di Malaysia. Kami akan lebih kerap ke sini kerana penerimaan baik daripada pendengar disini.

"Zivilia juga ada rencana untuk berkolaborasi dengan Najwa Latiff kerana baru-baru ini, pihak Najwa ada menghubungi kami untuk meminta izin menyanyikan lagu Aishiteru.

"Setelah melihat banyak penyanyi yang menyanyikan semula Aishiteru, kami merasakan Najwa membawakan lagu itu dengan begitu baik sekali.Belum ada penyanyi yang boleh menyanyikan lagu Aishiteru dengan begitu sempurna kecuali Najwa Latiff,"ulas Zulkifly mengenai penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku itu.

Diminta mengulas lanjut mengenai Najwa Latiff, Zivilia diwakili Zulkifly mengakui Malaysia mempunyai ramai penyanyi wanita yang bersuara merdu tetapi pada mereka Najwa tampil lebih bagus dengan kebolehan yang dimilikinya.

"Suaranya bagus sekali dan dalam masa yang sama dia boleh bermain gitar dan dia juga menulis lagu untuk dirinya sendiri.

"Dia mempunyai bakat yang luar biasa.Kerana itu kami mahu berkolaborasi bersama untuk merakam lagu bersama dan juga menyanyikan semula Aishiteru bersama Najwa Latiff.

"Kami telah berjumpa dengan pihak Najwa sendiri dan mereka juga tidak sabar untuk melaksanakan kolaborasi ini,"ujarnya lagi.

Zivilia adalah gabungan nama Zulkifli dan bekas isteri pertamanya, Vilia yang juga membawa maksud istimewa itu telah berkongsi kisah disebalik lagu Aishiteru yang menjadi hits dan terus mendapat perhatian sehingga kini.

"Saya dahulunya bekerja selama enam tahun di Jepun dan sepanjang itu saya berjauhan dengan kekasih hati saya. Berbekalkan simpanan saya membeli gitar dan mencipta lagu buatnya yang berjudul Aishiteru.

"Jadi Aishiteru, Aishiteru 2 dan Asihiteru 3 adalah trilogy cinta daripada titik pertemuan hubungan cinta kepada kegagalan dan akhir sekali jawapan untuk hubungan kami itu,"cerita Zulkifli mengenai kisah disebalik lagu Aishiteru.

Ketiga-tiga ahli kumpulan Zivilia ini ditemui ketika majlis perlancaran album mereka di Malaysia yang telah mengambil tempat di Hard Rock Café, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur,semalam.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers